• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wabak berita palsu di Twitter makin parah selepas Elon Musk ambil alih

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:47 am
  • 14/11/2022
  • Komen
Wabak berita palsu di Twitter makin parah selepas Elon Musk ambil alih
Share on FacebookShare on Twitter

Drama Twitter selepas diambil alih oleh Elon Musk berterus. Selepas tampuk pemerintahan bertukar, antara perubahan awal yang dilakukan adalah meletakkan ciri tanda biru disebalik langganan Twitter Blue. Sebelum ini, tanda biru adalah percuma, asalkan akaun itu adalah akaun yang disahkan pihak pengendali platform sebagai signifikan seperti VIP, pempengaruh, ataupun jenama-jenama besar.

Twitter Blue berharga RM22.90 di Malaysia, kenapa anda perlu beri perhatian?



Namun, berita terbaharu daripada Twitter menunjukkan yang mereka telah menghentikan penawaran langganan Twitter Blue kepada pengguna baharu. Didapati yang terlalu banyak akaun parodi muncul dengan tanda Blue Tick. Pastinya ini akan mengelirukan pengguna.

Tidaklah dapat dipastikan sekiranya ada kaitan langsung ataupun tidak. Bukan sahaja berita palsu tersebar malahan ia menjejaskan saham sesuatu syarikat. Misalnya ada pengguna ini yang menunjukkan saham Lockheed Martin, salah satu kontraktor barangan ketenteraan terbesar dunia, mengalami kejatuhan nilai saham sebanyak 5.48%.



Sumber

Perkara ini sangat bertentangan dengan pendirian Elon Musk sewaktu proses mengambil alih dulu. Ketika itu, dia sangat lantang menyatakan yang platform Twitter sarat dengan bot yang menyebarkan maklumat tak betul. Nah, sekarang perkara hampir sama berlaku di bawah pengawasannya.

Elon Musk kini pemilik Twitter, cuba teka apa tindakan pertamanya sejurus mengambil alih

Buat anda yang masih samar-samar tentnag berita pengambilalihan Twitter, ia dibeli Elon Musk pada nilai USD44 billion dan selepas dia tiba ke syarikat itu, dia memecat sekitar 3,700 ribu kakitangan termasuklah eksekutif penting seperti CEO dan CFO-nya.

Sumber: Gizmodo, Mashable

Tags: Elon MuskTwitter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Wabak berita palsu di Twitter makin parah selepas Elon Musk ambil alih

Wabak berita palsu di Twitter makin parah selepas Elon Musk ambil alih

14 November 2022
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER