• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Nak cari semula post Facebook yang pernah Like & komen? Ini cara mudah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:11 pm
  • 24/11/2022
  • Komen
TIPS: Nak cari semula post Facebook yang pernah Like & komen? Ini cara mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda Like sesuatu perkongsian di Facebook dan beberapa hari kemudian anda nak cari perkongsian itu semula untuk kongsikannya pada orang lain, malangnya ia tak dapat dijumpai semula? Atau, ada tak anda alami situasi tiba-tiba berubah fikiran untuk padam komen yang telah ditulis pada sesebuah perkongsian semalam, tapi post itu tak dapat dicari semula?

Jika ada, anda sebenarnya boleh ketahui dengan mudah semua aktiviti yang pernah anda lakukan di Facebook. Ia termasuklah Like, Post, video yang pernah ditonton dan komen. Semua ini dapat dilakukan menerusi ciri Activity Log. Berikut merupakan caranya:



  1. Buka Facebook menerusi laptop
  2. Klik gambar profil pada bahagian atas kanan
  3. Pilih Settings & Privacy,kemudian klik Activity Log
  4. Anda akan dipaparkan dengan 11 aktiviti di Facebook, buka mana-mana aktiviti yang anda mahu untuk cari perkara yang anda perlukan.
  5. Ada juga pilihan disediakan pada bahagian kiri, jika anda nak cari perkara yang pernah anda Like atau bagi reaksi, tekan sahaja pada bahagian Interactions.
  6. Anda juga boleh tapis aktiviti yang anda mahu mengikut tarikh, dengan tekan pada Filters.

Dengan cara ini juga anda boleh sahkan sama ada akaun anda pernah digodam atau tidak, dengan memeriksa jika ada aktiviti yang mencurigakan. Sekiranya didapati ada aktiviti yang tidak pernah anda lakukan, mungkin ada penceroboh telah menggodam akaun anda. Maka bolehlah anda tukar kata laluan dan sebaiknya hidupkan pengesahan dua faktor.

[Sumber: Makeuseof]



Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Nak cari semula post Facebook yang pernah Like & komen? Ini cara mudah

TIPS: Nak cari semula post Facebook yang pernah Like & komen? Ini cara mudah

24 November 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN