• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Selepas buang port 3.5mm, Apple mahu berhenti bagi Adaptor

  • OLEH Najib
  • 12:12 pm
  • 08/08/2018
  • Komen
Selepas buang port 3.5mm, Apple mahu berhenti bagi Adaptor
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah menggegarkan dunia apabila melancarkan iPhone 7 tanpa port 3.5mm dua tahun lepas. Bermakna, tidak boleh lagi terus mencucuk fonkepala berwayar ke iPhone.

Tetapi Apple masih bermurah hati kerana memberikan adaptor port Lightning ke port 3.5mm dan ia diteruskan lagi untuk iPhone 7s, iPhone 8, dan iPhone X. Cuma ia mungkin berakhir di sini.



Pada bulan April lepas, Barclays menjangka Apple akan tidak lagi memberikan adaptor port Lightning ke port 3.5mm bersama iPhone selepas ini. Ia berikutan pengesahan dari Cirrus Logic, selaku pembekal adaptor tersebut, yang menyatakan adaptor ini tidak lagi datang bersama iPhone.

Walaupun langkah Apple membuang port 3.5mm dari iPhone dahulu kecoh dibangkang ramai, ia seakan menjadi trend yang diikuti oleh pengeluar lain selepas itu. Sudah pasti ramai yang akan bising tentang ketiadaan adaptor ini, tetapi adakah langkah membuang adaptor ini juga akan menghasilkan trend yang sama kelak?



Walaubagaimanapun, Apple masih lagi akan menjual adaptor lightning ke port 3.5mm ini, dan ia berharga RM46 di Malaysia.

Adakah anda terkesan dengan ketiadaan port 3.5mm sebelum ini? Apa pula komen anda jika benar adaptor pula tidak akan diberikan lagi, memaksa pengguna membeli sendiri adaptor ini atau mendapatkan fon kepala wayarles sahaja?

Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara ini. Paling lama, ia akan diketahui di majlis pelancaran iPhone baru yang akan diadakan tidak lama lagi. Sama-sama kita tunggu.

[Sumber: MacRumors]

Tags: AdaptorappleDongleiphone
Najib

Najib

POPULAR

Selepas buang port 3.5mm, Apple mahu berhenti bagi Adaptor

Selepas buang port 3.5mm, Apple mahu berhenti bagi Adaptor

8 August 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN