• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple tarik keluar bajet pengiklanan di Twitter, Elon Musk berang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:39 am
  • 30/11/2022
  • Komen
Apple tarik keluar bajet pengiklanan di Twitter, Elon Musk berang
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menswastakan Twitter, Elon Musk masih belum berhenti daripada melakukan perubahan di platform media sosial itu. Kali ini dia mendakwa yang Apple mengugut akan mengeluarkan Twitter daripada AppStore tapi tidak pula diberitahu sebabnya.

Apple has also threatened to withhold Twitter from its App Store, but won’t tell us why

— Elon Musk (@elonmusk) November 28, 2022

Apple memang terkenal dengan peraturan ketat untuk memelihara ekosistemnya. Misalnya, permainan Fornite telah ditendang keluar daripada AppStore kerana pembangunnya, Epic, enggan menggunakan sistem bil kelolaan Apple.



Fortnite ditendang keluar daripada Apple App Store dan Google Play Store, ini reaksi Epic

Epic mendakwa sistem komisen setinggi 30% yang dikenakan Apple adalah terlalu tinggi dan menjejaskan perolehan Epic sendiri. Tidaklah memelikkan kenapa Apple menetapkan semua APP yang berada di platformnya menggunakan sistem yang disediakan pihaknya. Dalam tahun 220 sahaja, Apple telah kaut USD360 juta (RM1.6 billion) dalam bentuk komisen daripada mikrotransaksi di dalam Fortnite sahaja.



Apple dilapor kaut USD 360 juta hasil komisen mikrotransaksi Fortnite sahaja

Tidak terhenti pada makluman akan mengeluarkan Twitter daripada AppStore, Elon juga memberitahu pengikutnya yang Apple telah mengurangkan bajet pengiklanan mereka di platform Twitter.

Apple has mostly stopped advertising on Twitter. Do they hate free speech in America?

— Elon Musk (@elonmusk) November 28, 2022

Maklumat dalaman daripada Twitter menunjukkan yang Apple adalah antara pengiklan terbesar Twitter dengan bajet sekitar USD48 juta ataupun 4% perolehan Twitter untuk Suku-1 2022.

Influencer dengan blue tick Twitter, anda mungkin perlu sediakan ufti bulanan untuk kekalkan simbol itu

Utusan-utusan daripada Elon itu nyata mempolarisasikan warga net yang membacanya. Ada yang menyokongnya dan ada juga yang sebaliknya. Yang tidak sehaluan mengatakan yang memang benar Elon boleh katakan tuduh Apple antikebasan bersuara tapi kenapa pula tidak boleh Apple menyalurkan semula bajet pengiklanan mereka ke tempat lain dalam ekonomi pasaran terbuka. Bukankah itu hak mereka?

Sumber: Reuters

Tags: appleElon MuskTim CookTwitter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple tarik keluar bajet pengiklanan di Twitter, Elon Musk berang

Apple tarik keluar bajet pengiklanan di Twitter, Elon Musk berang

30 November 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN