• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P20 dan P20 Pro turun hingga RM400 dari harga asal

  • OLEH Najib
  • 8:44 pm
  • 08/08/2018
  • Komen
Ini senarai harga telefon pintar Huawei bermula 1 Jun dengan GST 0%
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat kamera Leica di telefon pintar Huawei, maka ada berita baik untuk anda. Mulai hari ini, telefon pintar Huawei P20 dan P20 Pro boleh dibeli dengan diskaun sehingga RM400 dari harga asal.

Sempena bulan kemerdekaan ini, Huawei Malaysia mengumumkan harga P20 diturunkan RM300 menjadi RM2,299. Manakala Huawei P20 Pro pula, dipotong RM400 menjadi hanya RM2,899. Tidak pula dinyatakan sama ada penurunan harga ini kekal atau sementara, tapi kami jangka ia akan kekal dengan harga baru ini.



Capture the beauty of Malaysia with the Huawei P20 & P20 Pro. With price reduction of up to RM400, get yourself a…

Posted by Huawei Mobile on Wednesday, 8 August 2018

Huawei P20 dan P20 Pro adalah telefon pintar terbaru Huawei hasil kerjasama dengan pakar kamera Leica. P20 Pro adalah telefon pintar pertama di dunia dengan tiga lensa Leica padanya, gabungan lensa RGB 40MP, lensa monokrom 20MP dan lensa telefoto 8MP. Ia menerima markah tertinggi dari DxOMark, sebanyak 109 mata untuk P20 Pro dan 102 mata bagi P20.

Di samping itu, Huawei kini sedang mencari peserta untuk Anugerah NEXT-IMAGE. Ia adalah pertandingan di mana orang ramai boleh menghantar gambar terbaik yang dirakam menggunakan telefon pintar Huawei.



Hadiah utamanya ialah wang tunai sebanyak USD20,000 (~RM81,454). Hadiah lain yang menanti peserta adalah seperti telefon pintar Huawei P20 Pro, laptop Huawei Matebook X Pro dan telefon pintar Huawei P20.

Sebanyak 6 kategori yang dipertandingkan, terbahagi mengikut tema iaitu:

  1. Good Night
    Gambar dalam suasana malap/malam
  2. Hello, Life!
    Berkongsi emosi dan inspirasi dalam kehidupan seharian
  3. Faces
    Eksperimen tentang identiti dan kuasa potret
  4. Check-In
    Menjelajah ke tempat dan pengalaman baru
  5. Timeline
    Membuat filem pendek kurang dari 30 saat
  6. Storyboard
    Membina cerita dalam 9 bingkai, grid gambar yang membawa naratif bermakna

Kepada pengguna Huawei di seluruh Malaysia, sempena Hari Kebangsaan ini adalah waktu terbaik untuk anda memuat naik gambar tangkapan anda ke Anugerah NEXT-IMAGE. Jika tiada telefon pintar Huawei, dapatkan HUawei P20 dan P20 Pro sekarang dengan harga yang baru sahaja turun ini.

Tarikh tutup untuk menghantar penyertaan adalah pada 31 Ogos 2018. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web gallery.consumer.huawei.com/en/. Untuk terma dan syarat pertandingan pula, boleh merujuk di sini.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei P20Huawei P20 ProNEXT-IMAGE
Najib

Najib

POPULAR

Ini senarai harga telefon pintar Huawei bermula 1 Jun dengan GST 0%

Huawei P20 dan P20 Pro turun hingga RM400 dari harga asal

8 August 2018
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN