• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anwar Ibrahim kecilkan kabinet, ada 28 Menteri dan 2 Timbalan PM dalam kerajaan perpaduan

  • OLEH Najib
  • 9:23 pm
  • 02/12/2022
  • Komen
Anwar Ibrahim kecilkan kabinet, ada 28 Menteri dan 2 Timbalan PM dalam kerajaan perpaduan
Share on FacebookShare on Twitter

Penantian panjang rakyat Malaysia selepas menantikan lantikan Perdana Menteri ke-10 adalah pengumuman barisan kabinet menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan sebelum ini, dia akan mengecilkan kabinet dan melantik sedikit menteri berbanding kabinet Datuk Seri Ismail Sabri.

Malam ini, persoalan ini telah terjawab apabila Anwar membariskan dua nama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebanyak 27 menteri menerajui kementerian yang disusun semula, sedikit berbeza daripada dahulu. Ia pengurangan sebanyak 4 menteri daripada kabinet PM ke-9 dahulu.



Tarikan pada kami adalah muka baru yang menerajui Kementerian Komunikasi Digital iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil. Walaupun ini bukan penggal pertama Fahmi menjadi ahli parlimen, ia adalah kali pertama dia dipilih sebagai menteri.

Bagi Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke kembali ke kedudukan tersebut sebagai menteri. Tempat yang diterajuinya sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan 22 bulan, di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.



Anwar juga melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Pertama ada Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan kedua Datuk Seri Fadillah Yusof, wakil dari Malaysia Timur.

Zahid Hamidi (kiri) dan Fadillah Yusof (kanan)

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI). Walaupun dia kalah semasa pilihanraya lepas, jawatannya sebagai sentor masih kekal dan ini membolehkan dia dilantik sebagai menteri sehingga tempoh senatornya tamat.

Beberapa nama yang disebut-sebut sebagai kluster mahkamah tidak dipilih sebagai menteri. Antaranya Lim Guan Eng, Syed Saddiq dan Bung Mukhtar. Tetapi berbeza pula dengan Zahid Hamidi yang bukan sahaja menjadi menteri, malah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperkara lagi, Anwar turut mengumumkan nama Tan Sri Hassan Merican sebagai penasihat untuk hal ehwal kewangan.

Tan Sri Hassan Merican

Malam ini, hanya nama menteri diumumkan oleh Anwar Ibrahim. Nama Timbalan Menteri akan dimaklumkan selepas ini, mungkin esok pagi. Berikut adalah senarai penuh kabinet menteri yang diterajui oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

  1. Perdana Menteri & Menteri Kewangan – Anwar Ibrahim
  2. Timbalan Perdana Menteri 1 & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Zahid Hamidi
  3. Timbalan Perdana Menteri 2 & Menteri Perladangan dan Komoditi – Fadillah Yusof
  4. Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew
  5. Menteri Pendidikan – Fadhlina Sidek
  6. Menteri Kerja Raya – Alexander Nanta Linggi
  7. Menteri Komunikasi Digital – Fahmi Fadzil
  8. Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming
  9. Menteri Pertahanan – Mohamad Hasan
  10. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Mohamad Sabu
  11. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Nancy Shukri
  12. Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli
  13. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Salahuddin Ayub
  14. Menteri Pengajian Tinggi – Mohamed Khaled Nordin
  15. Menteri Dalam Negeri – Saifuddin Nasution
  16. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri -Tengku Zafrul
  17. Menteri Kesihatan – Zaleha Mustafa
  18. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) – Azalina Othman
  19. Menteri Sains dan Teknologi – Chang Lih Kang
  20. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi
  21. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Ewon Benedick
  22. Menteri Luar Negeri – Zambry Abd Kadir
  23. Menteri Pelancongan – Tiong King Sing
  24. Menteri Perpaduan Negara – Ago Anak Dagang
  25. Menteri Agama – Mohd Na’im Mokhtar
  26. Menteri Belia dan Sukan – Hannah Yeoh Tseow Suan
  27. Menteri Sumber Manusia – Sivakumar Varatharaju Naidu
  28. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) – Armizan Mohd Ali
Tags: Anwar Ibrahim
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Anwar Ibrahim kecilkan kabinet, ada 28 Menteri dan 2 Timbalan PM dalam kerajaan perpaduan

Anwar Ibrahim kecilkan kabinet, ada 28 Menteri dan 2 Timbalan PM dalam kerajaan perpaduan

2 December 2022
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER