• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch Buds: Jam tangan yang ada fon putik tersembunyi di dalamnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:29 am
  • 05/12/2022
  • Komen
Huawei Watch Buds: Jam tangan yang ada fon putik tersembunyi di dalamnya
Share on FacebookShare on Twitter

Negara China sedang berkabung sekarang atas kematian bekas Presiden Jiang Zemin. Beberapa acara pelancaran yang dijadualkan telah ditunda antaranya adalah Huawei dan Xiaomi. Tapi, ada beberapa produk baharu yang sepatutnya telah diperkenalkan tempoh hari telahpun mula ditayangkan di Internet.

Contohnya satu produk yang bernama Huawei Watch Buds. Seperti namanya,tentu anda boleh teka yang ia adalah dua produk dalam satu yang menggabungkan jam tangan beserta fon putik. Tiada sebarang info khusus tentnag spesifikasi, kecuali beberapa video yang dimuat naik pihak yang sempat melakukan hands-on ke atasnya.



https://www.youtube.com/watch?v=Gfx8Uj_qKnU&ab_channel=QSQTechnology

Huawei Watch Buds memiliki rekaan muka jam berbentuk bulat, sama seperti barisan Watch GT mereka yang lain. Paparannya adalah daripada jenis berwarna dan mungkin menggunakan panel OLED. Panel tersebut boleh diangkat untuk mendedahkan sepasang fon putik dibawahnya.

Unit fon putik pula kelihatannya seperti putik getah perlindungan keselamatan yang biasanya berwarna jingga. Tiada sebarang tangkai terbina seperti yang boleh anda temukan pada Apple Airbuds, sudah tentu disebabkan had ruang yang dimilikinya.



Kelihatan juga titik sentuhan untuk mengecas fon putik ini bermakna yang bateri daripada jam tangan juga mungkin digunakan untuk mengecas fon putik. Perkara ini sudah tentu akan memberi kesan pada hayat bateri jam tangan.

Dalam masa terdekat ini, Watch Buds bukanlah satu-satunya produk 2-dalam-1 diumumkan dalam pasaran. Dalam tahun ini juga, Nokia ada lancarkan telefon yang mendukung nama model Nokia 5710 ExpressAudio. Ia adalah telefon dengan fon putik terbina dan unit fon putiknya ada rekaan lebih konvensional iaitu yang ada tengkai pemegang.

Sumber: Huawei Central

Tags: audioHuaweihuawei watch buds
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Watch Buds: Jam tangan yang ada fon putik tersembunyi di dalamnya

Huawei Watch Buds: Jam tangan yang ada fon putik tersembunyi di dalamnya

5 December 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN