Realme Malaysia hari ini melancarkan barisan baru untuk telefon pintar kelas pertengahan mereka, Realme 10. Hari ini, hanya dua model yang diperkenal dan ia dilihat sebagai model terbaik untuk siri ini iaitu Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro+.
Kali ini, Realme menampilkan skrin melengkung buat pertama kalinya untuk siri nombor Realme. Ia juga dinaik taraf dengan kapasiti bateri lebih besar, serta pengecas lebih berkuasa. Kedua-dua telefon ini juga menyokong rangkaian 5G.
Promosi dan harga jualan
Tawaran dalam bentuk tempahan awal telah sedia berjalan sebelum ini. Dari 8 hingga 15 Disember, tempahan awal disediakan di Kedai Jenama Realme Malaysia dan pengedar sah di mana ia menyediakan hadiah percuma berupa jaminan tahun kedua, Realme Band 2 dan kad gores dan menang dengan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2,999
Harga rasmmi untuk siri Realme 10 Pro yang baru dilancar adalah seperti berikut:
- Realme 10 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,299
- Realme 10 Pro+ (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,599
- Realme 10 Pro+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,799
Jualan khas hari pertama dibuat untuk Realme 10 Pro+ (8+128GB) hanya di Stor Realme di Lazada. Model lain yang dilancar hari ini akan mula dijual pada 16 Disember di Stor Online Realme di Lazada dan Shopee, serta Kedai Jenama Realme Malaysia dan pengedar sah Realme.
Ekslusif juga untuk hari pertama jualan Realme 10 Pro+ (8+128GB) pada 12 Disember, diskaun sebanyak RM200 disediakan menjadikan harganya cuma RM1,399 sahaja. Ia hanya ditawarkan di Lazada.
Spesifikasi Realme 10 Pro+
Sebenarnya, Realme 10 Pro+ hanya ada sedikit pembaharuan berbanding Realme 9 Pro+. Sebab ia masih menggunakan kuasa cip yang serupa, Mediatek Dimensity 920 5G 6nm tetapi dengan RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Dengan keupayaan RAM maya, ia boleh menambah RAM sehingga 12GB menjadikan jumlah RAM kepada 12GB.
Naik taraf terbesar adalah pada skrin, kini dengan skrin AMOLED melengkung 6.7-inci, resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Realme juga kuat memasarkan tahap ‘PWM Dimming’ setinggi 2,160Hz. Untuk pengimbas capjari, ia ada di dalam skrin.
Kapasiti bateri berjaya dibesarkan, kini dengan 5,000mAh. Ia turut datang dengan kuasa pengecas lebih tinggi, SuperVOOC 67W melalui USB-C. Kepala pengecas 67W ada diberi di dalam kotak dan masih tiada pengecasan wayarles padanya.
Sistem tri-kamera dipasang di belakang, gabungan kamera utama 108MP ProLight F1.75, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 4MP F2.4. Kamera hadapannya menggunakan sensor 16MP F2.45, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.
Sistem bunyi pada Realme 9 Pro+ adala stereo super selari, menembak ke kiri dan kanan. Jek audio 3.5mm tiada, jadi tidak boleh dicucuk fon kepala berwayar.
Secara rasmi, Realme 10 Pro+ adalah peranti pertama Realme di Malaysia datang siap dengan sistem operasi terbaru, Realme UI 4.0 berasaskan Andrid 13. Bagaimanapun, Realme tidak menjamin berapa lama kemaskini OS dan keselamatan akan diberikan.
Dua pilihan wara disediakan, antara Hyperspace dan Nebula Blue.
Spesifikasi Realme 10 Pro
Model ini sedikit rendah berbanding versi di atas. Realme 10 Pro dilengkapi cip Snapdragon 695 5G 6nm, RAM LPDDR4X sebanyak 8GB dan storan UFS2.2 seluas 256GB. RAM maya boleh ditambah sehingga 8GB, menjadikan jumlah RAM boleh guna kepada 16GB.
Skrinnya jenis LCD berukuran 6.72-inci, resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Bateri berkapasiti 5,000mAh dan sedia menerima kuasa pengecas setinggi 33W SuperVOOC melalui USB-C.
Sistem dwi-kamera dipasang di belakang Realme 10 Pro, gandingan kamera utama 108MP ProLight F1.75 dan kamera potret 2mp F2.4. Kamera hadapan 16MP dipasang di dalam lubang kecil di dahi skrin.
Speaker stereo terdapat di telefon ini dan ia masih mengekalkan jek audi 3.5mm untuk mencucuk fon kepala berwayar. Slot kad mikroSD turut tersedia.
Sistem operasi Realme UI 4.0 digunakan pada Realme 10 Pro, berasaskan Android 13. Ia juga ada pilihan warna yang serupa iaitu HyperSpace dan Nebula Blue.