• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda setuju kalau Google Maps dan Waze digabungkan jadi satu APP?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:09 am
  • 09/12/2022
  • Komen
Anda setuju kalau Google Maps dan Waze digabungkan jadi satu APP?
Share on FacebookShare on Twitter

Google memiliki dua aplikasi peta yang sangat popular iaitu Google Maps dan Waze. Aplikasi kedua mereka telah ambil alih dalam tahun 2013 pada nilaian USD1.1 billion dan kekalkannya seperti sedia ada sebagai aplikasi yang berbeza.

Ini adalah 5 ciri menarik Google Maps yang perlu anda terokai



Sebagai salah satu langkah penjimatan, Google mengumumkan yang mereka bakal melakurkan pasukan pembangun Google Maps dan Waze bagi membasmi perkara seperti pertindanan kerja berlaku. Makanya, pasukan Waze yang terdiri daripada 500 ahli kini akan bernaung dibawah jabatan Google Geo untuk sama-sama membangunkan produk berkaitan peta.

TIPS: Cara simpan & susun semua tempat menarik yang ingin dikunjungi guna Google Maps



Mujurlah, menurut Google, penggabungan yang berlaku hanya melibatkan tenaga kerja dan bukannya keseluruhan ekosistem. Selain Google Maps, mereka juga ada Google Earth dan Google Street View untuk digerakkan. Sekiranya penjimatan kos adalah objektif kepada langkah ini, tak mustahil lambat laun Google Maps dan Waze akan digabungkan menjadi satu.

Waze ada suara pengulas Piala Dunia FIFA? Ini cara gunakannya

Waze adalah satu aplikasi pemetaan dan navigasi yang sangat berkuasa kerana ia bergantung kepada sumber luar sebagai penyalur maklumat. Jutaan penggunanya berkongsikan data masa nyata seperti kesesakan dan bahaya disepanjang laluan. Saya sukakan Waze sebab terbesarnya adalah ia ada info tentang kamera perangkap had laju.

TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak

Di Google Maps pula, maklumat yang ditawarkan jauh lebih komprehensif berbanding Waze. Saya bukan saja gunakan Google Maps untuk navigasi, malahan boleh juga gunakannya untuk lihat rating sesuatu kedai makan bagi mengelakkan penyesalan dek makanan tak sedap.

Sumber: WSJ

Tags: google mapswaze
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda setuju kalau Google Maps dan Waze digabungkan jadi satu APP?

Anda setuju kalau Google Maps dan Waze digabungkan jadi satu APP?

9 December 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN