• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno8 Sunkissed Beige, peranti bergaya paling ideal untuk tahun baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:51 pm
  • 14/12/2022
  • Komen
Oppo Reno8 Sunkissed Beige, peranti bergaya paling ideal untuk tahun baru
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk anda yang ingin tampil elegan menjelang tahun baru, Oppo bawakan warna baru untuk Oppo Reno8, Sunkissed Beige untuk anda nampak lebih bergaya. Bukan sekadar warna unik, ia turut hadir dengan peningkatan RAM 12GB tapi pada harga yang kekal sama seperti varian 8GB.

Warna Sunkissed Beige di Oppo Reno8 ini memperlihatkan peranti diselaputi rona emas terang, beserta bintik berkilauan dibahagian badannya. Sudah tentu sesiapa sahaja akan terpukau dengan peranti ini apabila anda bawanya kemana-mana.



Salah satu perkara yang ramai utamakan pada telefon pintar sebelum membelinya adalah spesifikasi kamera. Pada Oppo Reno8, kamera utamanya dikuasakan oleh Dual Sony Flagship Sensors bersama beberapa ciri pengimejan yang dipertingkatkan AI, seperti Ultra Night Video dan Night Portrait. Ciri ini sesuai digunakan untuk merakam detik bermakna di malam tahun baru nanti.

Kamera hadapan pula dilengkapi sensor Sony IMX709 yang menampilkan susunan warna RGBW bebas, membenarkan lebih 60% cahaya diserap. Ini membolehkan kamera merakam swafoto berkualiti yang cerah dengan lebih pantas.



Spesifikasi baterinya juga canggih. Ia didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 80W yang mampu mengecas bateri 4500mAh dari 0% kepada 50% dalam masa 11 minit sahaja. Ini akan bantu anda sambut tahun baru dengan meriah tanpa ada masalah kekurangan tenaga bateri.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan Reno8 5G Sunkissed Beige sekarang pada harga RM2399. Pembelian yang dilakukan bermula hari ini sehingga 1 Januari 2023 akan disertakan dengan Pelan Perlindungan Skrin percuma selama 1 tahun dan Jaminan Lanjutan 1 tahun. Dapatkan juga OPPO Enco Buds2 melalui tawaran PWP hanya pada harga RM10 dengan setiap pembelian model Sunkissed Beige. 

Lakukan pembelian atau ketahui lebih lanjut mengenai Reno8 5G Sunkissed Beige di sini.

Tags: oppo
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Oppo Reno8 Sunkissed Beige, peranti bergaya paling ideal untuk tahun baru

Oppo Reno8 Sunkissed Beige, peranti bergaya paling ideal untuk tahun baru

14 December 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN