• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Moto X40 dilancarkan di China, Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin 165Hz

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:53 pm
  • 16/12/2022
  • Komen
Moto X40 dilancarkan di China, Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin 165Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijadualkan, Motorola di China telah lancarkan sebuah telefon berkelas flagship, Moto X40. Sekiranya sifir yang sama digunakan, kita mungkin dapat melihat telefon ini di luar pasaran China sedikit masa lagi. Sewaktu Moto X30 Pro dilancarkan dulu, negara kita menerima telefon ini dengan nama Motorola Edge 30 Pro.

Bermula di bahagian muka, telefon ini dilengkapi paparan sebesar 6.7” beresolusi FHD+. Menariknya tentang paparan ini adalah ia ada kadar segar semula 165Hz. Ia adalah satu naik taraf berbanding 144Hz generasi terdahulu. Skrin berlubang di bahagian tengah dahinya menempatkan kamera selfie yang beresolusi 60MP, resolusi yang sama seperti X30 dulu.



Masih tentang kamera, ada sedikit naik taraf boleh dicerap berbanding sebelumnya. Dua kamera 50MP selaku kamera utama dan ultralebar masih lagi dikekalkan. Tapi yang dinaik taraf adlaah kamera 2MP pada generasi dulu telah digantikan dengan kamera telefoto 12MP.

Beralih ke bahagian dalam, atas papan utama telefon ini tersemat SoC Snapdragon 8 Gen 2. Cip ini digandingkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.



Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik Moto X40 adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 125W bila kabel digunakan ataupun 15W bila fungsi pengecasan digunakan.

Setakat ini Moto X40 hanya boleh didapatkan dalam pasaran China pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – CNY3,399 (RM2,156)
  • RAM 8GB + Storan 256GB – CNY3,699 (RM2,346)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY3,999 (RM2,537)
  • RAM 12GB + Storan 512GB – CNY4,299 (RM2,727)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidmoto x40Motorolamotorola edge 40 protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Moto X40 dilancarkan di China, Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin 165Hz

Moto X40 dilancarkan di China, Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin 165Hz

16 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER