• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas meja Ugreen 100W ini gabung teknologi GaN II dan SiC untuk lebih prestasi

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 20/12/2022
  • Komen
Pengecas meja Ugreen 100W ini gabung teknologi GaN II dan SiC untuk lebih prestasi
Share on FacebookShare on Twitter

Pengecas USB menjadi semakin penting sekarang. Pelbagai peranti kini menggunakan pengecas USB seperti telefon pintar, tablet, laptop dan bermacam-macam aksesori. kerana itu, pengecas USB berbilang port semakin dicari ramai.

Ugreen, salah satu jenama yang popular dalam menghasilkan pengecas berbilang port, telah mengumumkan ketibaan pengecas meja USB-C65W dan 100W serba baharu. Ia menggunakan teknologi Gallium-Nitride (GaN) yang lebih efisyen dan hadir dengan 4 port USB.



Pengecas baru ini dinaik taraf dengan teknologi lebih baru, GaN II yang dikatakan memiliki rekaan lebih kecil dan kompak, serta menyediakan pengeluaran haba yang lebih baik. Pengecas ini juga dilengkapi ciri keselamatan berbilang untuk mengelakkan berlakunya terlebih voltan, arus, litar pantas dan terlebih panas.

Pengecas Ugreen 65W GaN Desktop

Orang ramai di Malaysia kini boleh mendapatkan pengecas Ugreen 65W GaN Desktop pada harga RM149, di kedai rasmi Ugreen di Lazada dan Shopee. Ia terdapat dengan palam kuasa UK (3 pin) dan memiliki kuasa mengecas berjumlah 65W. Jika digunakan serentak, jumlah kuasa ini akan dibahagikan mengikut kemampuan setiap port.



Jika hanya satu peranti, dua port USB-C yang di sebelah kiri boleh mengecas laptop dengan kuasa sehingga 65W. Menurut Ugreen, anda boleh mengecas MacBook Air M2 13-inci sehingga 51% dalam masa 30 minit.

Pengecas Ugreen Nexode 100W GaN Desktop

Kalau mahukan lebih kuasa, Ugreen juga menawarkan pengecas 100W yang menggunakan teknologi hibrid GaN II. Ia menggabungkan cip GaN dan SiC untuk membantu kecekapan mengecas lebih tinggi dan mengurangkan penghasilan haba berbanding pengecas biasa.

Di Malaysia, pengecas 100W ini dijual pada harga RM229 di Lazada dan Shopee. Ia juga hadir dengan palam kuasa UK (3-pin). Tetapi berbeza dengan pengecas 65W, pengecas 100W ini memiliki 3 port USB-C dan 1 port USB-A.

Dua port USB-C di sebelah kiri mampu mengeluarkan tenaga sehingga 100W. Port USB-C dan USB-A di sebelah kanan pula menyokong kuasa sehingga 22.5W.

Seperti biasa, pengecas berbilang port ini boleh mengeluarkan tenaga berjumlah 100W. Untuk mendapatkan kuasa 100W, ia hanya boleh mengecas satu peranti sahaja. Jika menyambung lebih peranti, kuasa 100W akan dibahagikan mengikut kemampuan port.

Semak jumlah kuasa setiap port jika menyambung berbilang peranti, dalam jadual di bawah:

Pengecas mudah alih 100W GaN

Kepada yang mahu pengecas 100W tetapi saiz lebih kecil dan mudah dibawa, Ugreen juga ada menawarkannya. Pengecas 100W ini memiliki 3 port USB-C dan 1 port USB-A dan dijual di Malaysia dengan palam kuasa UK (3-pin).

Dalam apa yang kami lihat, di Shopee ia dijual pada harga RM219 tetapi di Lazada ada yang menjual berharga RM180 sahaja.

Sama seperti versi desktop, pengecas ini boleh mengeluarkan kuasa mengecas sehingga 100W pada dua port USB-C. Manakala port USB-C dan USB-A di bawah, ada kuasa sehingga 22.5W. Kuasa 100W akan dibahagikan jika mengecas lebih daripada 1 peranti serentak.

Bacaan Berkaitan

  • 5 pengecas GaN untuk cas gajet anda di tahap paling optimum
  • Elak keliru, ini tips pilih pengecas multiport USB untuk cas banyak peranti serentak
  • Dok USB 13-dalam-1 Ugreen kini dijual di Malaysia lebih murah
Tags: UgreenUgreen GaN 100WUgreen GaN 65W
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Pengecas meja Ugreen 100W ini gabung teknologi GaN II dan SiC untuk lebih prestasi

Pengecas meja Ugreen 100W ini gabung teknologi GaN II dan SiC untuk lebih prestasi

20 December 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER