• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee naikkan komisen yang mereka cekau bermula 10 Januari 2023, penjual dari luar negara tidak terkesan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:16 pm
  • 22/12/2022
  • Komen
Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 10 Januari 2023 Shopee akan menguatkuasakan penyelarasan terhadap kadar komisen yang merek kutip daripada penjual yang berniaga di platform mereka. Kadar komisen yang baharu adalah pelbagai, bermula daripada 2.50% hingga 4.00% sedangkan kadar semasa yang dinikmati penjual buat masa ini adalah 2% rata.

Hal ini bermakna terdapat peningkatan sehingga sekali ganda pada bayaran komisen yang dikutip. Ilustrasi di bawah menunjukkan kadar komisen baharu selepas dicampur bersama SST sebanyak 6%.



Perlu dinyatakan secara jelas yang kadar baharu ini melibatkan produk yang dinaraikan di Marketplace dan yang bukan berada dalam seksyen Shopee Mall. Kemudian, penjual luar negara tidak terkesan dengan kenaikan ini kerana mereka tidak terlibat dengan pengutipan cukai SST 6%. Seperkara lagi, kedai yang memiliki bawah daripada 100 pesanan yang dipenuhi juga tidak terkesan, malah tiada komisen diambil daripada golongan ini.

Selain komisen, Shopee juga mengutip bayaran transaksi (transaction fee), bayaran yang dikenakan bila pembeli melakukan pembaran di platform mereka. Kadar yang dikenakan adalah 2.12% termasuk SST 6%.



Makanya, apabila menjual barang di Shopee, pihak pengendali platform akan menolak dua bayaran asas iaitu bayaran komisen dan bayaran transaksi. Itu cumalah sebahagian kecil bayaran, mereka juga ada bayaran Marketing Programme Service sekiranya penjual menyertai apa-apa program berkenaan yang dianjurkan Shopee.

Sumber: Shopee

Tags: Shopee
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%

Shopee naikkan komisen yang mereka cekau bermula 10 Januari 2023, penjual dari luar negara tidak terkesan

22 December 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN