• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam Amazfit BIP percuma untuk pembeli terawal Mi 8

  • OLEH Najib
  • 5:29 pm
  • 14/08/2018
  • Komen
Jam Amazfit BIP percuma untuk pembeli terawal Mi 8
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti flagship terbaru dari Xiaomi, Mi 8 akan mula dijual di Malaysia pada 16 Ogos 2018. Tetapi ini untuk Mi 8 dengan storan 64GB.

Bagi model 128GB pula, ia akan mula dijual pada Sabtu ini, 18 Ogos 2018 pukul 11 pagi dan Xiaomi menyediakan hadiah percuma untuk pembeli terawal.



Khas di Stor Xiaomi di IOI City Mall, akan terdapat acara khas jualan hari pertama Mi 8 di mana 100 pembeli terawal Mi 8 128GB di sana, akan menerima hadiah percuma berupa jam pintar Amazfit BIP, bernilai RM279.

Tawaran ini tidak terhad di Stor Xiaomi di IOI City Mall sahaja. Ia juga terdapat di beberapa Stor Xiaomi terpilih di seluruh Malaysia. Tetapi hadiah percuma ini dalam unit lebih terhad.



Stor Xiaomi yang terlibat dalam promosi pembelian awal Mi 8 128GB adalah:

  1. IOI City Mall, Putrajaya
  2. One Utama, Bandar Utama
  3. Queensbay Mall, Pulau Pinang
  4. AEON Bukit Tinggi, Klang
  5. Suria KLCC
  6. Queensbay Mall, Pulau Pinang
  7. Aman Central, Kedah
  8. Sunway Carnival, Pulau Pinang
  9. Paradigm Mall Johor Bahru
  10. Wangsa Walk Mall
  11. Setapak Central
  12. Giant Kuala Terengganu
  13. Vivacity Megamall, Kuching
  14. The Zone Johor Bahru
  15. Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu
  16. Dataran Pahlawan, Melaka
  17. Dpulze, Cyberjaya
  18. KSL, Johor Bahru
  19. Nu Sentral Kuala Lumpur
  20. The Mines (Level 4), Seri Kembangan
  21. Prangin Mall, Pulau Pinang
  22. Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu

Mi 8 adalah peranti berkuasa Snapdragon 845 termurah dijual di Malaysia. Sebelum ini, ia dipegang oleh ASUS Zenfone 5z dengan harga RM1,899. Tetapi Mi Malaysia membawa versi storan 64GB, membolehkannya menjual Mi 8 lebih murah pada harga RM1,599 sahaja. Untuk Mi 8 128GB, harganya sama seperti Zenfone 5z iaitu RM1,899.

Skrin Mi 8 berukuran 6.21-inci dengan resolusi HD Penuh+ bersama takuk di atas. Bateri di dalamnya berkapasiti 3,400mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0 melalui USB-C.

Mi 8 memiliki dwi-lensa kamera belakang, gabungan sensor 12MP F1.8 dan sensor telefoto 12MP F2.4. Kamera ini dilengkapi autofokus dwi-piksel yang pantas serta penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 20MP.

Mi 8 akan dijual di Malaysia dalam tiga pilihan warna: Biru, Putih dan Hitam. Storan 64GB akan mula dijual pada 16 Ogos dengan harga RM1,599 manakala storan 128GB pula pada 18 Ogos dengan harga RM1,899.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi pembelian awal ini, sila semak Facebook Mi Malaysia. Bagi mengenali Mi 8 dengan lebih mendalam, layari laman produk Mi 8 Malaysia.

Tags: Mi 8Mi 8 MalaysiaMi Malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Jam Amazfit BIP percuma untuk pembeli terawal Mi 8

Jam Amazfit BIP percuma untuk pembeli terawal Mi 8

14 August 2018
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN