Pernah tak anda lalui situasi, peranti Apple anda bermasalah dan sudah tamat tempoh jaminan, tapi anda tertanya-tanya jika ia masih lagi boleh dibaiki dengan percuma? Sejak beberapa tahun lalu, Apple telah umumkan banyak program penarikan balik atau penggantian semula peranti mereka. Sebahagian daripadanya menerima perlindungan sehingga 5 tahun selepas jualan dan ada juga yang tidak mempunyai tempoh tamat langsung.
Untuk pengetahuan anda, Apple ada sediakan satu halaman yang menyenaraikan semua perantinya beserta isu yang layak untuk dibaiki atau diganti percuma. Tapi, bagaimana untuk semak jika peranti anda layak?
Sebilangan program Apple ada sertakan nombor siri untuk anda ketahui segera jika peranti anda dilindungi, manakala yang lain memerlukan anda hadir ke Apple Store atau hubungi AppleCare.
Di bawah ini merupakan senarai peranti dan masalah yang boleh anda dapatkan perhatian Apple. Kenal pasti isu peranti anda dan klik pada pautan yang disertakan untuk periksa jika Apple ada tawarkan penyemak bersiri (serial checker) atau anda perlu hubungi Apple untuk tindakan seterusnya.
- Apple Watch Series 6 – Masalah skrin hitam
- iPhone 12 dan 12 Pro – Masalah tiada bunyi
- iPhone 11 – Masalah sentuh
- AirPods Pro – Masalah bunyi
- iPad Air 3rd gen – Masalah skrin kosong
- Smart Battery Case – Masalah mengecas
- iPhone 6s dan 6s Plus – Masalah tiada kuasa
- 15-inch MacBook Pro – Bateri Terlalu Panas/Risiko Kebakaran
- MacBook lineup – Masalah papan kekunci
- 13-inch MacBook Pro – Masalah paparan backlight
- Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter – Risiko kejutan elektrik
- iPhone X – Masalah sentuhan
- iPhone 7 – Isu tiada perkhidmatan
- iPhone 6 Plus – Masalah berbilang sentuhan (Multi-touch) dan paparan berkelip
- Palam dinding AC Eropah Apple – Risiko kejutan elektrik
- Beats Pill XL – Terlalu panas dan risiko kebakaran
- Penyesuai Kuasa USB Eropah Apple 5W – Risiko terlampau panas
- Penyesuai Kuasa USB Ultracompact Apple – Risiko Kejutan Elektrik
Jika anda tidak layak dan jaminan sudah tamat, anda boleh semak sekiranya anda ada perlindungan lanjutan dari pihak ketiga semasa anda beli peranti itu dulu. Contohnya jaminan dari Senheng PlusOne atau Machines Protection Plan.
[Sumber: 9TO5Mac]