• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Apa pelan internet paling berbaloi di rumah?

  • OLEH Penaja
  • 3:36 pm
  • 18/01/2023
  • Komen
Apa pelan internet paling berbaloi di rumah?
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Astro]

Di Malaysia ni, ada banyak pelan internet jalur lebar tetap. Semuanya nampak sama dan serupa. Jadi, macam mana nak tau yang mana lebih berbaloi? Selain kuota, kelajuan dan harga, satu perkara yang patut anda ambil perhatian paling penting adalah tambah nilai yang ditawarkan.

Sebab itu anda harus dapatkan Astro Fibre. Ia menyediakan jalur lebar tetap di rumah dengan kuota tanpa had, kelajuan sangat pantas dan harga yang murah. Paling utama, ia lebih berbaloi sebab adanya Astro TV.

Astro Fibre boleh dilanggan dari serendah RM99/bulan dengan kelajuan 50Mbps, sesuai untuk pengguna bujang dengan beberapa peranti. Atau dapatkan pelan paling popular untuk sekeluarga, 100Mbps berharga hanya RM129/bulan.

Jika anda mahu menonton kandungan Ultra HD 4K secara strim, pilihan terbaik adalah pelan 500Mbps. Harganya cuma RM189/bulan. Astro juga ada menyediakan pelan 800Mbps jika ada yang memerlukannya. Bayaran bulannya ialah RM249, masih sangat berbaloi.

Aplikasi WiFi paling berguna!

Lebih menarik, terdapat aplikasi Astro Fibre App yang sangat memudahkan dan membantu. Antaranya, boleh menetapkan masa pengguna bersambung ke internet. Contohnya tablet anak-anak, hanya boleh berinternet sehingga 10 malam sahaja supaya mereka tidur awal sebab esok pagi nak pergi sekolah.

Selepas itu, anda juga boleh pantau prestasi WiFi dan peranti yang bersambung dengannya. Senang nak pastikan semuanya bersambung dan menikmati internet dengan lancar. Tak perlulah berlari turun naik tangga nak tengok lampu hijau ke merah di penghala WiFi.

Di musim perayaan yang mengumpulkan banyak keluarga di rumah, satu fungsi yang paling berguna di aplikasi ini adalah berkongsi WiFi pelawat dengan cepat dan mudah. Pengguna boleh tetapkan WiFi pelawat yang berasingan daripada WiFi biasa, untuk lebih keselamatan dan kawalan. Kemudian, akses ke WiFi pelawat ini boleh dikongsi dengan mudah kepada sesiapa sahaja. Sama ada dengan mengimbas kod QR, atau menerusi perbualan di WhatsApp. Tak payah taip kata laluan berulang kali untuk semua peranti pelawat yang datang ke rumah lagi.

Paling berbaloi dengan Astro TV

Tawaran paling berbaloi apabila melanggan Astro Fibre adalah mendapatkan Astro TV. Bukan sahaja anda boleh menikmati pelbagai kandungan hiburan, malah anda diberikan lebih penjimatan. Ada banyak pilihan pelan Astro ini dan pasti ada satu yang paling sesuai untuk anda.

Peminat sukan boleh langgan pek Sports Plus. Kaki filem dan drama bersiri pula, paling sesuai dengan pek Movies Plus. Paling senang, langgan je pek Platinum. Semuanya ada, termasuk platform penstriman terkemuka seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan HBO Go.

Tonton di Astro Ultra Box dan Astro Go

Jika anda mahukan penjimatan tambahan atau maklumat lanjut, semak semua promosi Astro Fibre terkini dengan melayari www.astro.com.my dan klik pada tab “Astro Fibre”.

Tunggu apa lagi, langganlah Astro Fibre bersama TV untuk gandingan terbaik masakini. Anda dapat internet pantas, kandungan hiburan tanpa had, serta kawalan mudah Astro Fibre App. Astro Fibre juga adalah pemenang Emas Anugerah SoyaCincau 2022 di bawah kategori “Pelan Jalur Lebar Terbaik” untuk pelan Astro Broadband 500Mbps.

Tags: astroAstro Fibrepenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Apa pelan internet paling berbaloi di rumah?

Apa pelan internet paling berbaloi di rumah?

18 January 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER