• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kawan suka hantar mesej tak senonoh di Instagram? Ini cara laporkannya tanpa diketahui

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:17 pm
  • 25/01/2023
  • Komen
Kawan suka hantar mesej tak senonoh di Instagram? Ini cara laporkannya tanpa diketahui
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah terima gangguan di Instagram? Contohnya kawan lama anda berulang kali menghantar mesej jijik di DM atau mereka sering kongsi gambar-gambar yang tidak senonoh? Anda memang ada pilihan untuk sekat akaunnya terus, tapi disebabkan individu itu adalah kawan anda, mungkin tindakan itu akan mengecilkan hatinya.

Jadi, anda boleh laporkan mesej tersebut terus pada Instagram supaya mereka boleh ambil tindakan. Berikut merupakan cara untuk membuat laporan:



  1. Buka aplikasi Instagram di telefon
  2. Pergi ke bahagian DM dan buka mesej yang anda ingin laporkan
  3. Tekan dan tahan perbualan yang menggangu anda itu, kemudian pilih Report pada menu pop-up
  1. Anda kemudian boleh pilih sebab untuk laporkan mesej tersebut
  2. Seterusnya ikut arahan pada skrin dan klik butang Submit Report 

Instagram akan semak sehingga 30 mesej terkini yang dihantar dalam perbualan selepas anda membuat laporan. Akaun yang anda laporkan itu tidak akan mengetahui siapa yang memfailkan aduan.

Tapi sebenarnya, sekat adalah cara yang paling mudah untuk hentikan gangguan. Kemudian tetapkan akaun pada peribadi supaya tak diganggu. Namun jika anda rasa individu tersebut adakalanya bermakna untuk anda, maka baik laporkan sahaja mesej-mesej darinya.



[Sumber: Gadgetsnow]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kawan suka hantar mesej tak senonoh di Instagram? Ini cara laporkannya tanpa diketahui

Kawan suka hantar mesej tak senonoh di Instagram? Ini cara laporkannya tanpa diketahui

25 January 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN