• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter kini tetapkan Timeline lalai ikut pilihan terakhir anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:40 am
  • 26/01/2023
  • Komen
Twitter kini tetapkan Timeline lalai ikut pilihan terakhir anda
Share on FacebookShare on Twitter

Pada halaman utama Twitter sekarang ada satu perubahan dibawakan untuk pengguna. Iaitu anda boleh pilih sama ada nak baca tweet dari pengguna yang anda ikuti melalui tab For You atau tweet yang disyorkan melalui tab Following. Buat masa ini apabila kita buka Twitter, tab yang terus dipaparkan ialah For You. Jadi bagi pengguna yang suka buka tab Following pasti akan rasa menjengkelkan, sebab perlu ubah tab itu sendiri setiap kali membuka Twitter.

Namun perkara ini akan berakhir tidak lama lagi, sebab Twitter sedang mengemas kini platform web dan aplikasinya untuk buka tab terakhir yang anda gunakan secara lalai. Maksudnya kalau anda baca tweet pada tab Following sebelum tutup aplikasi, maka nanti apabila anda buka aplikasi semula, tab Following juga yang akan disiarkan untuk anda. Ciri ini sudah mula dilancarkan hari ini pada pada web dan ia akan tersedia untuk aplikasi Android dan iOS tidak lama lagi.



Were any of you (all of you) asking for your timeline to default to where you left it last?

Starting today on web, if you close Twitter on the “For you” or “Following” tabs, you will return to whichever timeline you had open last. iOS and Android coming soon! https://t.co/uKz9DpNRux

— Twitter Support (@TwitterSupport) January 24, 2023

Anda lebih suka tab For You atau Following? Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi saya lebih sukakan tab For You.

Di For You, suapan dijana secara algoritma yang mengetengahkan tweet tertentu, berdasarkan pengguna dan perbualan yang Twitter percaya berkaitan dengan anda. Kadang-kadang ada banyak tweet menarik daripada pengguna yang saya tidak ikuti dicadangkan. Dalam masa yang sama, walaupun ia boleh memaparkan siaran lebih lama yang mungkin pengguna terlepas, tapi ia juga cenderung menyembunyikan tweet daripada sesetengah individu yang diikuti. Jadi tab ini berpotensi menyukarkan anda untuk mengikuti perkembangan terkini.



Manakala di tab Following pula, anda lebih mudah ketahui perkembangan semasa daripada pengguna yang anda ikuti. Tapi masalahnya, tweet diri sendiri pun turut ada dalam tab ini. Perkara tersebut sangat merimaskan saya.

[Sumber: Engadget]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Twitter kini tetapkan Timeline lalai ikut pilihan terakhir anda

Twitter kini tetapkan Timeline lalai ikut pilihan terakhir anda

26 January 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER