• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone anda ada isu skrin bergaris? Muat turun iOS 16.3 sekarang

  • OLEH Najib
  • 4:36 pm
  • 26/01/2023
  • Komen
iPhone anda ada isu skrin bergaris? Muat turun iOS 16.3 sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah melepaskan kemaskini iOS 16.3 kepada model iPhone yang serasi. Kemaskini ini akan memperbaiki beberapa isu yang timbul serta pepijat keselamatan. Jika anda menghadapi masalah skrin bergaris di mana-mana siri iPhone 14, kemaskini ini dikatakan akan menyelesaikan masalah tersebut.

Kemaskini ini akan dihantar secara automatik kepada iPhone yang terlibat. Kalau peranti anda masih belum menerimanya, ia boleh dimuat turun secara manual dengan pergi ke bahagian Settings > General > Software Update. Saiz kemaskini ini sekitar 500MB-800MB dan seperti biasa, pengguna digalakkan untuk memuat turun menerusi WiFi serta memiliki tenaga bateri yang mencukupi.



Dalam keterangan kemaskini, iOS 16.3 membawakan wallpaper Unity berkaitan sejarah dan budaya warga kulit hitam, sempena sambutan Bulan Sejarah Kulit Hitam di Amerika Syarikat. Ia juga menambah ciri baru ‘Advanced Data Protection‘ untuk iCloud dan ‘Security Keys‘ buat Apple ID.

Selain itu, beberapa kerentanan di WebKit turut ditampal, termasuk dua lohong keselamatan yang membolehkan kod hasad dilaksanakan apabila melawat laman web tertentu. Untuk peranti yang tidak boleh memasang iOS 16 seperti iPhone 7 dan iPhone SE gen-1 ke bawah, Apple telah menampal kerentanan ini menerusi kemaskini iOS 15.7.3.



Sebelum ini, beberapa pengguna iPhone 14 dan iPhone 14 Pro melaporkan masalah garisan hijau misteri muncul di skrin selepas menghidupkan telefon. Apple mengesahkan bahawa ia bukanlah masalah perkakas dan akan dibaiki dalam kemaskini iOS 16.3. Dilaporkan juga, masalah ini berlaku dengan ketara kepada pengguna iPhone 14 Pro Max.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: appleApple iOS 16apple iphoneiOS 16iphone
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
iPhone anda ada isu skrin bergaris? Muat turun iOS 16.3 sekarang

iPhone anda ada isu skrin bergaris? Muat turun iOS 16.3 sekarang

26 January 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER