Samsung Galaxy Note9 dilancarkan pada awal bulan Ogos 2018 dan akan tiba di Malaysia tak lama lagi. Untuk menyambut hari penjualannya di Malaysia, Samsung mengadakan satu jelajah mempromosikan Note terhbeat mereka di serata negara.
Tapi bukan itu yang anda ingin tahu. Yang perlu anda tahu adalah rebat sehingga RM999 disediakan sekiranya anda ingin memiliki sebuah Note9!
Untuk memburu rebat itu, anda perlu ingat tarikh dan lokasi berikut:
Jika anda berkeputusan untuk membeli sebuah Note9 pada mana-mana hari dan di lokasi tersebut, anda berpeluang untuk beroleh rebat RM999 untuk membeli Note9 kedua. Maka, jika anda berpakat dengan rakan, anda boleh beroleh sebuah Note9 pada harga RM499.50 lebih murah daripada harga pasaran!
Bukan itu saja, anda turut akan menerima hadiah percuma seperti:
- Wireless Charging Pad
- Pelindung Skrin
- Batang Selfie Bluetooth
Tidak terhad pada pemberian percuma, mereka turut mengadakan promosi pembelian atas pembelian dengan penjimatan sehingga RM100. Barangan yang terlibat adalah seperti berikut:
Namun begitu, promosi ini berlangsung menggunakan polisi first-come-first-servedi sini. Untuk maklumat terperinci jerayawara Note9, anda boleh bacanya.
Jika anda masih tidak pengetahui perihal Galaxy Note9, ia adalah telefon terbaru daripada Samsung dalam kategori flagship. Perbezaan yang dibawanya berbanding sebelumnya adalah seperti bateri yang lebih besar serta S-Pen yang ditambah baik. Anda boleh membaca lanjut tentang Galaxy Note9 di pautan ini.