• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla mahu buka pusat jualan dan servis EV secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 02/02/2023
  • Komen
Tesla mahu buka pusat jualan dan servis EV secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Tesla memang gah di seantero dunia sebagai peneraju kenderaan elekrik (EV). Buat masa ini, ia masih belum membuka saluran jualan dan perkhidmatan secara rasmi di Malaysia. Tetapi Tesla sudah pun bertapak di Singapura dan Thailand dalam tempoh 2 tahun lepas.

Kini kedengaran ura-ura bahawa Tesla mahu memulakan operasi jualan dan perkhidmatan secara rasmi di Malaysia. Jika benar, ia bukan sahaja menyediakan pusat jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang dijamin Tesla sendiri, malah mungkin kita dapat melihat rangkaian Super-pengecas Tesla dibangunkan di sini.



Dalam laporan Paul Tan, terdapat syarikat yang telah menukar namanya daripada Tesla Services Sdn Bhd, kepada Tesla Sdn Bhd. Syarikat ini dulunya hanya menyediakan khidmat perakaunan, kewangan dan sokongan IT sahaja. Menariknya, dalam sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa teras perniagaan untuk Tesla Sdn Bhd adalah:

  • Pemborong dan peruncit kenderaan bermotor baharu
  • Aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat N.E.C
  • Penyelenggaraan dan Pembaikan kenderaan bermotor

Ini adalah ciri-ciri syarikat yang mahu mengusahakan perniagaan 3S iaitu Sales (Jualan), Services (Perkhidmatan) dan Spare Parts (Alat Ganti). Pendek kata, nak berjual beli serta selenggara dan baiki kereta.



Jika ada yang ragu-ragu tentang kesahihan dokumen ini, ia turut menyenaraikan pemegang saham utama Tesla Sdn Bhd adalah Tesla International BV, dengan 3,598,308 saham dan beribu pejabat di Amsterdam, Belanda. Terdapat empat nama disenaraikan sebagai pengarah syarikat. Dua daripadanya adalah rakyat Malaysia dan dua lagi rakyat Amerika Syarikat.

Pengarah dari Amerika Syarikat yang pertama adalah David Jon Feinstein, seorang Pengarah Kanan, Perdagangan Antarabangsa & Pasaran Baru, Kewangan di Tesla. Pengarah kedua pula bernama Li Li, pengurus di Tesla untuk Pengurusan Bekalan Antarabangsa. Malah, David juga memegang jawatan pengarah di Tesla India Motors dan Energy Private Limited.

Dengan pengenalan dan penangguhan insentif cukai untuk EV di Malaysia, semakin banyak jenama telah mula menjual kereta mereka di sini. Ia termasuk Volvo yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Hub EV dan mereka telah memulakan pemasangan XC40 dan C40 EV di Shah Alam. Pada masa yang sama, semakin banyak stesen pengecas EV dibangunkan di sini, seiring dengan permintaan EV yang semakin meningkat.

Tesla telah memulakan jualan EV di Singapura pada tahun 2021 dan baru-baru ini melancarkannya di Thailand, serta akan memulakan penghantaran pertama pada suku pertama 2023. Di Thailand, varian termurah Tesla Model 3 berharga THB1,759,000 (~RM228,321) dan Tesla Model Y berharga dari THB1,759,000 (~RM228,321).

Jika Tesla membuka perkhidmatan rasmi di Malaysia, ia boleh melengkapkan rangkaian pengecas super mereka dari Thailand sehingga Singapura. Malah, mereka yang mahu memiliki Tesla juga akan lebih senang mendapatkan sokongan dan penyelenggaraan EV mereka.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: TeslaTesla Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tesla mahu buka pusat jualan dan servis EV secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

Tesla mahu buka pusat jualan dan servis EV secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

2 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER