• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kejayaan Nothing Phone 1 mungkin akan diteruskan dengan kedatangan Nothing Phone 2

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:53 am
  • 08/02/2023
  • Komen
Kejayaan Nothing Phone 1 mungkin akan diteruskan dengan kedatangan Nothing Phone 2
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas pengasas bersama OnePlus yang kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nothing, Carl Pei, dikatakan akan melancarkan telefon pintar baharu dinamakan Nothing Phone 2 pada suku ke-3 pada tahun ini. Katanya, ia akan mengutamakan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan telefon pintar kedua mereka akan lebih premium berbanding Phone 1.

Sumber tersebut melaporkan beberapa maklumat yang terkini berkaitan spesifikasi model Phone 2, serta mendedahkan bahawa ia diberi nombor model A065. Phone 2 juga dikatakan akan memberikan pengalaman yang lebih baik kerana Carl memberitahu perisian adalah salah satu perkara utama bagi Phone 2.



Snapdragon 8 Gen 2

Phone 2 dikatakan akan menggunakan SoC Qualcomm Snapdragon siri 8 yang belum diumumkan lagi. Ini membuatkan model terbaru ini akan ada peningkatan prestasi yang besar berbanding Phone 1. Buat masa sekarang, cip yang terbaru oleh Qualcomm ada pada Samsung Galaxy S23, jadi ada kemungkinan cip yang sama akan digunakan pada Nothing Phone 2.

Selain cip, MySmartPrice juga melaporkan spesifikasi RAM bagi Phone 2 sekurang-kurangnya 12GB yang boleh diperluaskan lagi dengan RAM maya dengan menggunakan sebahagian daripada storan bersaiz 256GB itu. Berkaitan bateri pula, akan dimuatkan bateri bersaiz 5,000mAh, penambahan 500mAh berbanding Phone 1 4,500mAh.



Di paparan, ia dikatakan akan hadir dengan paparan AMOLED dengan kadar segar semula 120hz, tetapi adaptif berdasarkan kandungan yang dipaparkan.

Nothing Phone 1

Phone 1 dilancarkan di Malaysia pada harga bermula RM2,399 dengan varian RAM 8GB + storan 256GB dan RM2,699 untuk varian 12GB + 256GB. Sekiranya betul apa yang telah dilapor tentang Phone 2, harganya pasti akan lebih mahal kerana komponen yang diguna adalah lebih premium.

[Sumber: MySmartPrice]

Tags: androidNothingtelefon
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kejayaan Nothing Phone 1 mungkin akan diteruskan dengan kedatangan Nothing Phone 2

Kejayaan Nothing Phone 1 mungkin akan diteruskan dengan kedatangan Nothing Phone 2

8 February 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN