• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan Nintendo Switch cecah 122.55 juta menunjukkan ianya disukai ramai

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:04 pm
  • 08/02/2023
  • Komen
Jualan Nintendo Switch cecah 122.55 juta menunjukkan ianya disukai ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Laporan keuntungan Nintendo yang baru sahaja diumumkan mengesahkan Nintendo Switch merekod penjualan yang memberangsangkan.

Switch telah meraih penjualan sebanyak 122.55 juta unit, sejak dari pelancarannya pada tahun 2017. Switch kini merupakan konsol ketiga terlaris dijual meletakkan ia di hadapan PlayStation 4 (117 juta) dan Nintendo Game Boy (118 juta). Penjualan Switch hanya diatasi oleh konsol yang lebih lama iaitu PlayStation 2 (155 juta) dan Nintendo DS (154 juta).



Boleh rujuk rajah bawah untuk penjualan terperinci konsol Nintendo lain.

KonsolJualan
DS154.02 Juta
Switch122.5 Juta
Game Boy118.69 Juta
Wii101.63 Juta
Game Boy Advance81.51 Juta
3DS75.94 Juta
Family Computer / NES61.91 Juta
Super Family Computer / SNES49.10 Juta
N6432. 93 Juta
GameCube21.74 Juta
Wii U13.56 Juta

Laporan itu juga menyatakan Switch, Switch OLED dan Switch Lite mencapai penjualan 8.2 juta unit antara 1hb Oktober hingga 31hb Disember 2022. Walaubagaimanapun, penjualan Switch turun 21.3 peratus berbanding 10.6 juta unit yang terjual pada suku yang sama tahun lepas.  Ia menjumlahkan sebanyak 23 juta terjual pada tahun fiskal 2022.



Tidak dinafikan terdapat trend pengurangan dalam penjualan Switch, tetapi Nintendo meramalkan penjualan Switch untuk tahun fiskal sekarang akan meningkat. Hal ini disebabkan oleh permasalahan kekurangan semikonduktor yang dialami pada tahun 2021, menyebabkan pengurangan penghantaran perkakasan serta jualan keseluruhan.

Walaubagaimanapun, tahap pengeluaran untuk perkakasan Switch dikatakan sudah pulih. Bagi perisian Switch, ianya masih lagi meraih sambutan yang baik dengan Mario Kart 8 Deluxe terjual sebanyak 52 juta, Animal Crossing: New Horizons 41 juta dan Super Smash Bros. Ultimate 30.44 juta. Secara keseluruhan, Switch telah mencapai 994 juta penjualan permainan, lebih banyak dari konsol Nintendo yang lain.

[Sumber: Nintendo, TheVerge]

Tags: nintendonintendo switch
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jualan Nintendo Switch cecah 122.55 juta menunjukkan ianya disukai ramai

Jualan Nintendo Switch cecah 122.55 juta menunjukkan ianya disukai ramai

8 February 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER