• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee lanjutkan jualan 9.9 Super Shopping Day kepada 14 hari

  • OLEH Najib
  • 7:40 pm
  • 21/08/2018
  • Komen
Shopee lanjutkan jualan 9.9 Super Shopping Day kepada 14 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas diadakan selama 9 hari, tahun ini Shopee melanjutkan pesta beli-belah tahunan terbesarnya, Shopee 9.9 Super Shopping Day kepada 14 hari. Bermula dari 27 Ogos yang pastinya telah melepasi hari gaji kebanyakan syarikat, pesta ini berlangsung sehingga hari kemuncaknya pada 9 September 2018.

Selama 14 hari, Shopee akan mengadakan promosi dengan tema harian berbeza setiap hari, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Fetival) pada 27 Ogos. Potongan luar biasa sehingga 99% dari pelbagai jenama terkenal seperti Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET boleh dinikmati.



Ia diikuti dengan hari bertemakan kategori seperti elektronik, kecantikan dan fesyen, penghantaran percuma pada 31 Ogos, hari super baucar pada 3 September dan paling penting pada 9 September.

Pada 9 September kelak, Shopee akan mengadakan 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan hingga 99% bagi produk paling popular. Selain itu, baucar eksklusif dengan diskaun besar bagi pelbagai kategori produk akan ditawarkan.



Salah satu tarikan di Shopee adalah permainan Shopee Shake Shake yang memberikan syiling Shopee yang boleh digunakan semasa pembelian di Shopee. Khas sepanjang Super Shopping Day nanti, Shopee akan menyediakan 99 juta syiling untuk direbut. Shopee akan berbuat demikian secara ‘kaw kaw’ dengan membuka 9 slot masa pada 9 September, dengan 2 permainan setiap pengguna untuk setiap slot, supaya mereka boleh menggoncang dan menang sehingga 18 kali dalam tempoh 24 jam.

Jangan lupa tarikh 27 Ogos hingga 9 September nanti untuk semak pelbagai tawaran luar biasa di Shopee 9.9 Super Shopping Day. Kunjungi laman web shopee.com.my/99 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Periksa juga portal ShopFest oleh ShopBack untuk panduan beli-belah online sepanjang hujung tahun ini.

https://youtu.be/yFucRrlNP-w

Tags: ShopeeShopee 9.9Shopee Super Shopping Day
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Shopee lanjutkan jualan 9.9 Super Shopping Day kepada 14 hari

Shopee lanjutkan jualan 9.9 Super Shopping Day kepada 14 hari

21 August 2018
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN