Pening tengok banyak jualan akhir tahun? Singgah ShopFest dulu untuk panduan membeli bijak

Apakah yang ada dalam fikiran anda apabila mendengar 9.9, 11.11 atau 12.12? Untuk kaki shopping online, nombor ini adalah tarikh penting kerana banyak jualan dalam talian dengan tawaran lebih istimewa diadakan pada waktu ini.

ShopBack, peneraju platform cashback atau tunai kembali di Malaysia, ingin memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat tentang jualan online akhir tahun dengan melancarkan portal sehenti ShopFest di www.shopfest.my.

ShopBack telah mengenalpasti 6 jualan akhir tahun paling penting untuk Malaysia, bermula dari bulan September hingga Disember. 6 acara jualan tersebut adalah:

  1. #MYCYBERSALE – 3 hingga 7 September 2018
  2. 9.9 Rewards Day – 7 hingga 9 September 2018
  3. 11.11 Singles Day – 9 hingga 11 November 2018
  4. Black Friday Cyber Monday – 23 hingga 26 November 2018
  5. 12.12 Online Fever – 10 hingga 12 Disember 2018
  6. Year End Sale (Y.E.S) – 15 hingga 31 Disember 2018

Di portal ShopFest, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat penting tentang acara beli-belah di atas. Seperti siapa penjual yang terlibat, apa tawaran yang ada, bila jualan bermula dan tamat, di mana tawaran boleh didapati dan bagaimana cara membeli-belah dengan bijak untuk mendapatkan nilai terbaik untuk setiap pembelian.

Bagi ShopBack sendiri, mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk sama-sama memeriahkan semua jualan akhir tahun ini. Paling utama adalah pemberian cashback sehingga 30%, serta pemberian super cashback sehingga 90% dari 30 peneraju e-dagang seperti 11street, Lazada, Expedia, dan Booking.com.

Selain itu, ShopBack menyediakan hadiah bernilai lebih dari RM14 juta untuk pengunjung portal ShopFest, melalui peraduan ShopFest Treasure Chest and Ultimate Experience.

ShopBack menjangka sebanyak RM10 juta cashback akan diberikan sepanjang tempoh 4 bulan ShopFest berjalan. Shopback kini telah memiliki 1 juta pengguna di Malaysia dan memberikan lebih dari RM25 juta cashback.

BACA  Pelan baru KONFEM 4G LTE dari YES tiada had kuota dari RM30 sebulan

Jangan lupa untuk melawat portal ShopFest untuk mendapatkan maklumat agar anda dapat berbelanja dengan lebih bijak. Daftar juga akaun ShopBack jika anda masih belum anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook ShopBack Malaysia.