• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Anda cikgu atau pelajar IPT? Beli Produk Apple untuk pendidikan, lebih murah dan dapat Airpods percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:32 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Secara umumnya, produk Apple adalah satu jenama yang sinonim dengan kemewahan kerana barisan produknya yang lebih mahal dari jenama-jenama lain. Berita baiknya, Apple ada memperkenalkan Higher Education Offer untuk tahun ini yang memberi diskaun khas bagi sektor pendidikan. Mereka yang layak akan dapat membeli produk Apple dengan harga yang lebih rendah dan mampu milik. Jadi siapa yang layak untuk diskaun tersebut?

Diskaun pendidikan ini Apple tujukan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan baru diterima, ibu-bapa pelajar IPT, serta staf di fakulti dan guru-guru di semua peringkat pendidikan. Walaubagaimanapun, tidak semua produk Apple yang terdapat dalam diskaun pendidikan ini. Produk yang termasuk hanya iPad dan komputer Mac/Macbook, tiada iPhone, sesuai dengan nama diskaun pendidikan. Model iPad yang termasuk adalah iPad Pro dan iPad Air, manakala untuk Mac adalah iMac, Macbook Pro dan Macbook Air.



Berikut adalah perbezaan permulaan harga

iPad Pro 12.9” harga asal RM5,399 – harga diskaun RM4,909

iPad Pro 11”    harga asal RM3,899 – harga diskaun RM3,659



Macbook Air (M1) harga asal RM4,399 – harga diskaun RM3,959

Macbook Air (M2) harga asal RM5,499 – harga diskaun RM5,099

Macbook Pro 13” harga asal RM5,699 – harga diskaun RM5,299

Macbook Pro 14” harga asal RM8,799 – harga diskaun RM8,139

Macbook Pro 16” harga asal RM10,799 – harga diskaun RM9,929

iMac 24” harga asal RM5,599 – harga diskaun RM5,379

Harga yang dipaparkan adalah harga permulaan untuk setiap model. Harga akan lebih mahal jika spesifikasi dinaik taraf, tetapi yang pasti akan lebih murah berbanding harga asal.

Bukan itu sahaja, Apple juga menawarkan AirPods generasi kedua secara percuma dengan setiap pembelian iPad atau Mac. Lebih menarik, pembeli juga boleh memilih AirPods generasi ketiga atau AirPods Pro yang lebih mahal, tetapi perlu menambah perbezaan harga AirPods generasi kedua yang bernilai RM629. Tambahan lagi, Apple menyediakan ukiran seperti nama atau emoji, secara percuma untuk diukir pada iPad dan AirPods.

Promosi ini juga menawarkan diskaun jika didapatkan bersama aksesori lain seperti Apple Pencil, Smart Keyboard, potongan 20% perlindungan Apple Care serta banyak lagi. Promosi Higher Education Offer 2023 ini bermula dari 2 Februari hingga 13 Mac 2023. Bagi sesiapa yang berminat dan layak, anda boleh dapatkan di Laman Rasmi Apple Education, tetapi perlu disahkan menggunakan akaun UNiDAYS dahulu.

[Sumber: Apple]

Tags: appleApple iPadapple macbook
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025

Anda cikgu atau pelajar IPT? Beli Produk Apple untuk pendidikan, lebih murah dan dapat Airpods percuma

9 February 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER