• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 11: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:32 pm
  • 14/02/2023
  • Komen
[REVIU] OnePlus 11: Hanya untuk si pemberani
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan di pentas antarabangsa awal bulan ini, OnePlus melancarkan telefon pintar flagship mereka, OnePlus 11 di Malaysia. Telefon yang dikuasakan cip terkini Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 boleh dibeli oleh peminat tempatan tidak lama lagi.

OnePlus 11 menampilkan kerjasama dengan pakar kamera, Hasselblad. Ia turut mengembalikan butang gelungsur ikonik OnePlus, yang telah hilang pada OnePlus 10T tahun lepas.



Harga dan promosi OnePlus 11

OnePlus Malaysia akan mula menjual telefon pintar OnePlus 11 di Malaysia mulai 17 Februari 2023. Ia boleh didapati di semua pengedar sah OnePlus, serta atas talian di Lazada dan Shopee.

Terdapat dua varian OnePlus 11 dijual di Malaysia dengan, pilihan warna berbeza. Harga rasminya adalah seperti berikut:



  • OnePlus 11 Titan Black (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM3,299
  • OnePlus 11 Eternal Green (RAM 16GB + Storan 256GB) – RM3,599

Sebagai meraikan ketibaannya, OnePlus 11 menawarkan hadiah percuma untuk pembeli menerusi tempahan awal. Promosi ini dibuat dalam dua tahap. Tahap pertama, tempahan awal dibuka dari 16 hingga 24 Februari 2023 dan menyediakan hadiah percuma berupa:

  • OnePlus Buds Pro 2
  • Casing OnePlus 11 Sandstone
  • Jaminan lanjutan tahun ke-2
  • Perlindungan keretakan skrin 1-tahun
  • Poskad Jonathan Wang
  • Peluang menang hadiah cabutan bertuah

Tahap kedua adalah selepas jualan hari pertama, iaitu dari 25 Februari sehingga 3 Mac 2023. Pembeli dalam tempoh ini akan menerima tawaran berikut:

  • Diskaun RM200 membeli OnePlus Buds Pro 2
  • Casing OnePlus 11 Sandstone
  • Jaminan lanjutan tahun ke-2
  • Perlindungan keretakan skrin 1-tahun
  • Poskad Jonathan Wang
  • Peluang menang hadiah cabutan bertuah

Spesifikasi OnePlus 11

Dengan nama tanpa Pro, OnePlus 11 kehilangan beberapa ciri-ciri premium yang terdapat pada OnePlus 10 Pro tahun lepas. Antaranya ketiadaan sokongan pengecas wayarles. Malah ia juga masih tidak kalis air dan debu.

Tetapi ada banyak pembaharuan di OnePlus 11. Paling utama, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 4nm terbaru, bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 3.1 untuk saiz 128GB, atau UFS 4.0 bagi 256GB. Tiada slot kad mikroSD disediakan, perkara biasa di peranti flagship kebelakangan ini.

Telefon ini dilengkapi paparan 6.7-inci dan ia menggunakan panel Super Fluid AMOLED LTPO 3.0. Memiliki resolusi QHD (3216 x 1440), panel ini juga boleh beroperasi pada kadar segar semula dinamik dalam julat antara 1 hingga 120Hz, bergantung kepada kandungan yang ingin dipaparkan. Kecerahan pula boleh pergi sehingga 1,300nits. Lapisan kaca Corning Gorilla Glass Victus melindungi paparan ini. Pengimbas capjari pula ada di dalam skrin.

Kamera dengan kerjasama Hasselbald di OnePlus 11 dinaik taraf dengan penggunaan sensor Sony sepenuhnya, tiada lagi sensor Samsung atau Omnivision. Kamera utama OnePlus 11 diperkasa sensor IMX890 dengan resolusi 50MP. Kemudian, kamera ultralebar 48MP megguna pakai sensor IMX581 dan akir sekali, kamera telefoto 32MP memanfaatkan sensor IMX709. Tidak ketinggalan, kamera hadapan 16MP diperkasa sensor Sony IMX471.

Tenaga di dalam OnePlus 11 dibekalkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia dicas pantas dengan kuasa SuperVOOC 100W. menggunakan kelengkapan yang disediakan di dalam kotak. Walaupun ia satu turun taraf berbanding 150W pada OnePlus 10T, 100W adalah satu spesifikasi yang masih tinggi dan mengecasnya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja menurut pengeluarnya.

Sistem bunyi dihasilkan menerusi dua speaker stereo yang tidak simetri. Jek audio 3.5mm tidak terdapat padanya, satu lagi ciri biasa di peranti flagship masa kini.

OnePlus 11 datang siap dengan sistem operasi OxygenOS 13, berasaskan Android 13. OnePlus menjanjikan kemaskini OxygenOS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Terdapat dua pilihan warna ditawarkan untuk OnePlus 11 di Malaysia. Pertama adalah warna hijau dan kedua adalah warna hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk OnePlus 11. Tonton juga reviu kami tentang OnePlus 11 di bawah ini.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus 11 dilancar, Snapdragon 8 Gen 2 dengan teknologi Hasselblad
  • OnePlus Pad kini rasmi namun maklumat spesifikasi masih tandus
  • [REVIU] OnePlus 11: Hanya untuk si pemberani
Tags: OnePlusOnePlus 11
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
[REVIU] OnePlus 11: Hanya untuk si pemberani

OnePlus 11: Maklumat penjualannya di Malaysia

14 February 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER