• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Shell Fuelsave 95 baharu memberikan perjalanan sehingga15KM lebih jauh

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:41 pm
  • 15/02/2023
  • Komen
Shell Fuelsave 95 baharu memberikan perjalanan sehingga15KM lebih jauh
Share on FacebookShare on Twitter

Peruncit bahan api terbesar dunia Shell, baru-baru ini melancarkan bahan api terbaharu mereka iaitu FuelSave95 yang telah dipertingkatkan lagi prestasinya. Untuk pengguna setia Shell, selepas ini anda mungkin akan rasa perubahan dengan penggunaan bahan api anda. 

Ini adalah kerana formula bahan api baharu ini dikatakan akan memberi perjalanan 15 kilometer lebih jauh untuk setiap isian tangki penuh. Bahan api yang telah ditambahbaik ini dihasilkan dengan pengujian dan penyelidikan oleh 150 saintis bahan api selama lebih 5 tahun. 



“Sejauh mana 15KM? 15KM lebih jauh merupakan jarak Jambatan Pulau Pinang yang pertama. 15KM lebih jauh adalah seperti kita menyeberangi tambak Johor ke Singapura sebanyak 14 kali atau seperti 35 kali ketinggian Menara KL,” kata syarikat tersebut.

Pengurus Besar Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata, ‘Better By Far’ atau ‘Ternyata Lebih Jauh’ adalah komitmen mereka untuk sentiasa berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu. Tambau beliau, Shell FuelSave 95 terbaru ini memberikan sehingga 15KM lebih jauh untuk setiap tangki agar dapat menikmati perjalanan lebih jauh tanpa gangguan.



Formula baharu ini bukan sahaja beri perjalanan yang lebih jauh, ia juga menjadikan enjin lebih bersih dengan pembersihan secara mendalam, perlindungan lebih baik untuk semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru, serta melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid.

Hadiah RM20,000 dalam cabaran Shell Fuelsave 95

Shell turut melancarkan ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’, dengan matlamat untuk mencari rakyat Malaysia yang dapat merekodkan penggunaan bahan api yang terjimat menggunakan Shell FuelSave 95 baharu. Wang tunai sebanyak RM20,000 akan diberi kepada pemenang utama.

Tambahan pula, VISA dan BonusLink juga bekerjasama dengan Shell untuk memberi peluang kepada 150 rakyat Malaysia memenangi minyak percuma selama 15 bulan, jika mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu diantara 1 Mac sehingga 30 April.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web Shell di sini.

Tags: fuelsave 95RON95shell
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Shell Fuelsave 95 baharu memberikan perjalanan sehingga15KM lebih jauh

Shell Fuelsave 95 baharu memberikan perjalanan sehingga15KM lebih jauh

15 February 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER