• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta Verified diperkenal untuk Facebook dan Instagram pada harga serendah USD11.99

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:25 am
  • 20/02/2023
  • Komen
Meta Verified diperkenal untuk Facebook dan Instagram pada harga serendah USD11.99
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali platform Facebook dan Instagram telah mengumumkan satu servis baharu yang dikenali sebagai Meta Verified. Akan diperkenalkan tak lama lagi, servis ini boleh dilanggan pada harga serendah USD11.99 (RM53). Harga menjadi lebih tinggi sekiranya dilanggan menerusi platform Android dan iOS dek cukai perkhidmatan platform pihak ketiga itu.

Meta Verified akan merangkumi Facebook dan Instagram di bawah satu langganan. Apa yang anda bakal dapat melalui Meta Verified? Ciri-ciri baharu eksklusif bakal tiba daripada masa ke masa, namun ada 5 kelebihan penting yang digariskan meta seperti:



  1. Cap pengesahan yang menandakan akaun Facebook dan Instagram itu telah ditambat pada dokumen rasmi kerajaan
  2. Pemantauan secara aktif akan dilakukan Meta terhadap akaun Meta Verified untuk elakkan identiti dicuri
  3. Meta Verified miliki akses lebih pantas untuk berhubung dengan kakitangan Meta
  4. Algoritma carian, komen, dan saranan akan lebih memberatkan akaun Meta Verified.
  5. Ciri-ciri eksklusif yang akan diperkenal daripada masa ke masa.

Sekiranya anda ingin melanggan Meta Verified, perlu diingatkan yang maklumat akaun tidak lagi boleh disunting selepas ia melepasi mengesahan Meta. Antara info yang bakal diambil kira adalah seperti:

  • Akaun perlulah dimiliki pengguna 18 tahun ke atas dan mempunyai aktiviti akaun yang sihat.
  • Pemohon perlu menghantar salinan dokumen pengenalan rasmi dan nama akaun perlulah padan dengan dokumen rasmi.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Meta Verified di laman rasmi produk.



[Sumber: Meta]

Bacaan Berkaitan

  • Facebook mahu lebih telus dalam iklan, mereka tahu & boleh senaraikan aktiviti anda di Internet
  • Fahmi Fadzil mahu SKMM dan KKD kaji mekanisma terbaik atasi iklan scam di media sosial
  • SCAM: Iklan penipuan di Facebook datang lagi, kali ini beg Aer RM9 palsu
  • Facebook & Instagram akan benarkan 2 golongan ini siar gambar payudara
Tags: Facebookinstagrammeta
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Meta Verified diperkenal untuk Facebook dan Instagram pada harga serendah USD11.99

Meta Verified diperkenal untuk Facebook dan Instagram pada harga serendah USD11.99

20 February 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN