• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton dan Perodua diminta percepat hasilkan EV lebih murah

  • OLEH Najib
  • 1:27 pm
  • 23/02/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan pengeluar kenderaan tempatan, Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk mempercepatkan penghasilan kenderaan elektrik (EV) dan memperkenal pilihan EV yang mampu milik untuk rakyat Malaysia. Selain itu, garis panduan semasa permit import (AP) akan ditambah baik dengan memberikan fleksibiliti ke atas kuantiti maksimum pengimportan kenderaan secara yang dipasang sepenuhnya (CBU) untuk EV supaya syarikat-syarikat pemasangan tempatan lebih berpeluang menilai keperluan pasaran baharu untuk segmen EV, sebelum memulakan pengeluaran.

Menteri MITI, Tengku Zafrul turut menyatakan pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam, “Langkah penambahbaikan ini juga dijangka akan memberi lebih pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran kepada rakyat”.



Menjelaskan sebelum pengumuman Belanjawan 2023 yang akan dibentang tidak lama lagi, Tengku Zafrul baru-baru ini memberi petunjuk bahawa lebih banyak insentif berkaitan EV akan diumumkan tidak lama lagi. Buat masa ini, kerajaan Malaysia menyediakan pengecualian cukai untuk import, eksais dan jualan bagi EV yang dipasang tempatan sehingga akhir tahun 2025. Manakala EV yang diimport sepenuhnya, menikmati pengecualian cukai import dan eksais sehingga akhir tahun 2023. Cukai jalan EV juga dikecualikan sehingga akhir tahun 2025 dan ada yang meminta kerajaan supaya menstrukturkan semula pengiraan cukai jalan EV kerana ia lebih mahal sehingga 10x berbanding enjin pembakaran dalaman dengan kuasa pengeluaran yang serupa.

Smart #1

Sementara banyak pengeluar kenderaan melancarkan pelbagai model EV di Malaysia, dua pengeluar tempatan masih tidak proaktif untuk mengambil kesempatan terhadap insentif yang disediakan untuk menghasilkan EV. Proton hanya mensasarkan untuk melancar EV mereka sendiri pada tahun 2027 dan memulakan penjualan EV menerusi pengedaran kereta Smart #1 dari China pada akhir tahun ini.



Geely selaku pemegang saham utama Proton, memiliki banyak model EV yang mampu milik seperti Geely Panda Mini EV. Dengan insentif yang tepat, Geely boleh menjadikan hab pengeluaran RHD mereka di Malaysia untuk mengeluarkan EV. Manakala Perodua pula dilihat lebih fokus untuk memperkenal kereta elektrik hibrid, yang kini menjadi kegemaran buat pengeluar kenderaan Jepun.

[Sumber: MalaysiaKini]

Bacaan Berkaitan

  • Kenderaan elektrik berjenama Proton akan dilancar sebelum 2027
  • Proton X Watch jam pintar eksklusif untuk pemilik X50 dan X70
  • Anugerah SoyaCincau 2022: Kenderaan Elektrik (EV) terbaik
  • 5 sebab kenapa kereta elektrik lebih bagus berbanding kereta petrol yang membuatkan anda perlu milikinya
  • Bajet 2023: 4 pengumuman yang bakal rancakkan industri kereta elektrik Malaysia
Tags: EVMITIPeroduaprotonTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Proton dan Perodua diminta percepat hasilkan EV lebih murah

23 February 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN