[KEMASKINI 5.30pm : Celcom menyatakan rangkaian mereka di Utara telah pulih sepenuhnya. Jika masih ada masalah, hubungi Celcom di Whatsapp]
Pengguna Celcom di Utara sekitar Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mungkin berhadapan masalah talian. Ramai mengadu tidak dapat menggunakan sebarang perkhidmatan internet mahupun panggilan di rangkaian Celcom.
Masalah ini telah diakui oleh Celcom dan katanya, ia berlaku akibat kabel gentian fiber yang terputus. Tetapi maklum Celcom, ia melibatkan pengguna di Ulu Perak dan Kedah. Jurutera rangkaian mereka sedang berusaha membaiki masalah ini dan memulihkan rangkaian.
Kesan gangguan rangkaian ini sebenarnya tidak melibatkan pengguna Celcom dan Xpax sahaja, tetapi memberi kesan kepada pengguna MVNO Celcom seperti Yoodo, TuneTalk, XOX dan RedOne.