• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT3 pukau MWC 2023 dengan pengecas 240W, isi penuh dalam tempoh 9 minit sahaja

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:54 pm
  • 28/02/2023
  • Komen
Realme GT3 pukau MWC 2023 dengan pengecas 240W, isi penuh dalam tempoh 9 minit sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Realme memeriahkan MWC 2023 dengan pelancaran Realme GT3. Walaupun ia tidaklah diperkasa SoC flagship terkini, ia tetap mencuri tumpuan ramai. Ciri paling menonjol Realme GT3 adalah sistem pengecasan pantasnya. Telefon ini menyokong pengecasan pantas 240W. Tangki bateri 4,600mAh telefon ini boleh diisi penuh dalam masa X minit sahaja.

Selain angka itu, beberapa angka lain yang dikongsikan adlaah seperti 0 hingga 20% diisi dalam masa 80 saat ataupun 9 minit 30 saat untuk mengisi penuh.



Pengecasan pantas bermakna lebih banyak haba akan terhasil. Kawal selia haba pada bateri ditanggung oleh sistem penyejuk kebuk wap dengan luas kawasan 6,580 mm2. Buat tujuan keselamatan, Realme katakan yang mereka memasukkan 13 sensor suhu dan 60 lapisan keselamatan kepada sistem pengecasan telefon ini.

Untuk spesifikasi teknikal yang lain, telefon ini dilengkapi panel paparan AMOLED 1240 x 2772 sebesar 6.74” dengan kadar segar semula setinggi 144Hz. Atas papan utama, ia dipacu cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1. Walaupun cip ini bukanlah flagship untuk tahun 2023, ia tetap bertenaga untuk bawa telefon ini bersaing dalam arena flagship tahun ini.



Beberapa kombinasi RAM dan storan boleh didapati seperti 8+128GB, 12+256GB, 16+256GB, dan 16+1TB.

Satu lagi ciri menarik telefon ini adalah ia ada lampu RGB di bahagian belakang. Tak seperti lampu LED pada Nothing Phone (1), lampu LED pada Realme GT3 boleh bertukar warna. Untuk komponen pengimejan, telefon ini ada tiga buah kamera belakang. Kamera utamanya memanfaatkan sensor 50MP disebalik lensa berapertur F1.9. Ia juga ada kamera ultralebar 8MP dengan lensa F2.2 dan kamera yang terakhir adalah kamera makro 2MP.

Lain-lain ciri telefon ini adalah ia menjalankan antaramuka Realme UI 4.0 berasaskan Android 13. Daripada segi ketersambungan, Realme GT3 menyokong teknologi Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.3. Untuk mengawal peralatan elektrik di rumah, pemancar inframerah juga ada untuk kemudahan.

Realme tidak berkongsi maklumat harga keseluruhannya, namun varian terendah 8+128GB dijual pada harga USD649 (RM2,912).

Tags: mobileRealmerealme gt 3Realme GT3telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme GT3 pukau MWC 2023 dengan pengecas 240W, isi penuh dalam tempoh 9 minit sahaja

Realme GT3 pukau MWC 2023 dengan pengecas 240W, isi penuh dalam tempoh 9 minit sahaja

28 February 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER