• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honda AWV, robot pembantu tapak binaan dengan keupayaan mengangkut 408kg beban

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:34 pm
  • 07/03/2023
  • Komen
Honda AWV, robot pembantu tapak binaan dengan keupayaan mengangkut 408kg beban
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat automotif terkenal dunia, Honda mendedahkan prototaip Autonomous Work Vehicle (AWV) generasi ketiganya. AWV direka khas untuk kegunaan pengangkutan di tapak binaan, dengan kemampuan dikawal jarak jauh. Sebelum ini, Honda banyak bereksperimen menghasilkan robot kenderaan seperti 3E-D18, yang pertama kalinya dipamerkan di CES 2018.

Untuk generasi ketiga ini, Honda mengatakan ia mampu untuk mengangkut berat sehingga 408kg, serta berupaya menarik treler seberat 725kg. Selain itu, AWV boleh dipandu pada kelajuan sehingga 16km/j, serta mempunyai ketahanan bateri sehingga 8 jam walau dalam persekitaran yang ekstrem. Pengecasan pula mengambil masa 6 jam untuk penuh. 



Lebih praktikal, ia mempunyai ruang muatan lebih besar dan ruang pengangkut yang lebih rendah untuk barang dimuatkan, berbanding generasi kedua. Reka bentuk terbaru ini juga nampak lebih moden dan minimalis.

AWV generasi kedua

Untuk mengawalnya, ia menggunakan peranti berasaskan sambungan awan, dengan dua kaedah. Yang pertama, menggunakan panel di permukaan kereta itu sendiri, kedua, menggunakan tablet mudah alih.



Pandu uji yang dijalankan oleh Honda juga menunjukkan bahawa AWV mampu untuk menghantar muatan tepat ke destinasi yang telah ditetapkan, walau perlu menempuhi permukaan dan persekitaran yang mencabar. Perkara ini dimungkinkan dengan bantuan sensor LiDAR, GPS dan radar bagi mengenal pasti halangan di sekelilingnya.

Namun begitu, Honda masih tidak mempunyai perancangan untuk menawarkan AWV dalam pasaran. Tetapi, Honda mengatakan AWV 3.0 ini sudah bersedia untuk ujian dunia sebenar. Honda juga mengalu-alukan serta mempelawa syarikat yang berminat untuk menguji keupayaan AWV ini dengan menghubungi honda di [email protected].

[Sumber: Engadget]

Tags: hondaHonda AWV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honda AWV, robot pembantu tapak binaan dengan keupayaan mengangkut 408kg beban

Honda AWV, robot pembantu tapak binaan dengan keupayaan mengangkut 408kg beban

7 March 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER