• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:36 pm
  • 09/03/2023
  • Komen
Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada cuba jana wang melalui Tiktok? Sebenarnya ada banyak cara anda boleh tambah pendapatan di situ. Antaranya ialah dengan menjual barang di Tiktok Shop, kumpul hadiah dari penonton melalui live kemudian tukarkannya kepada wang dan ada Live Subscription di mana pencipta boleh beralih ke mod sembang eksklusif dengan pelanggan melalui ciri Subscriber-Only Chat.

Tidak cukup dengan itu, Tiktok kini memperkenalkan Series untuk bantu pencipta kandungan menambah pendapatan. Melaluinya anda boleh kongsi sebarang video sebagai kandungan premium. Series membolehkan pencipta yang layak menyiarkan video Collections premium mereka secara berbayar. Satu Series boleh muatkan sehingga 80 video. Panjang setiap satu video adalah sehingga 20 minit.



Penonton yang nak akses video tersebut perlu lakukan bayaran. Untuk harganya, anda boleh tetapkan sendiri. Jadi, kalau anda rajin hasilkan video dan video anda selalu dapat permintaan dari pengikut, bolehlah anda ambil peluang jana wang melalui Series. Antara cadangan kandungan yang boleh anda letak dalam Series ialah video koleksi resipi masakan, drama bersiri, rakaman konsert artis luar negara yang anda sertai, video DIY perabot rumah dan banyak lagi.

Tapi buat masa ini, Series hanya tersedia untuk pencipta terpilih sahaja. Pemohonan untuk sertainya akan dibuka dalam beberapa bulan akan datang.



Selain Tiktok, platform media sosial lain juga ada sediakan peluang untuk pengguna jana wang. Contohnya anda boleh sertai Program Rakan Kongsi YouTube, kemudian dapatkan wang melalui video Youtube Shorts. Manakala di Facebook pula, anda boleh dapatkan wang dengan Reels melalui ciri tip Facebook Stars. Sementara tunggu kehadiran Tiktok Series, bolehlah anda guna cara atau platform lain dulu untuk dapatkan wang tambahan.

[Sumber: Tiktok]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi

Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi

9 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN