• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua peringkat langganan Google One kini boleh akses Google VPN, tapi bukan pelanggan di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:25 pm
  • 10/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan kesemua pelanggan Google One akan peroleh akses Google VPN tanpa mengira peringkat langganan. Asalnya, hanya pelanggan pelan premium sahaja yang diberi akses Google VPN. 

Bagi yang tidak tahu, Google One adalah langganan untuk perluaskan storan awan dengan harga bermula serendah RM8.49 sebulan. Dengan kemas kini terbaru, langganan Google One termurah kini boleh mengakses Google VPN, menerusi peranti Android, Windows, Mac dan iOS. Akaun Google One boleh dikongsi sehingga lima orang.



Yang tidak menariknya, Google VPN tidak memberikan fleksibiliti untuk pengguna memilih sambungan VPN di negara yang pengguna nak. Tapi, ia masih satu pakej yang bagus bagi mereka yang tidak mahu berbelanja lebih, hanya demi sambungan VPN. Dengan VPN, ia menambah lapisan keselamatan penggunaan internet kerana semua data dienkripsi, serta dapat mengelakkan daripada aktiviti internet dijejak melalui alamat IP.

Malangnya, Google VPN hanya boleh digunakan oleh pelanggan Google One di 22 buah negara, Malaysia tidak termasuk. Negara yang termasuk adalah:



  • Austria
  • Australia
  • Belgium
  • Kanada
  • Denmark
  • Finland
  • Perancis
  • Jerman
  • Iceland
  • Ireland
  • Itali
  • Jepun
  • Mexico
  • Belanda
  • Norway
  • Korea Selatan
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Switzerland
  • Taiwan
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat

Selain Google VPN, terdapat juga tambahan ciri dark web report. Ia berfungsi dengan memberitahu pengguna jika maklumat seperti nombor kad kredit atau nombor kad pengenalan mereka bocor ke tempat tidak sepatutnya di internet. Ciri ini akan tiba dalam beberapa minggu lagi, hanya untuk pelanggan Google One di Amerika Syarikat.

Akhir sekali, pelanggan Google One juga diberi fitur edit gambar yang sebelum ini eksklusif terdapat pada telefon Google Pixel. Ia boleh diakses oleh pelanggan Google One di platform Android dan iPhone.

Bagi warga Malaysia yang berminat untuk melanggan Google One, anda boleh dapatkan servis tersebut bermula dengan pelan Basic RM8.49 sebulan untuk 100GB, Standard RM11.99 sebulan untuk 200GB dan Premium RM42.99 untuk 2TB. Kalau nak lagi murah, anda boleh langgan pelan secara tahunan dengan penjimatan sebanyak 17 peratus. Bayar untuk 10 bulan, dapat percuma dua bulan. Tapi, kena bayar sekali guslah.

Di Malaysia, pembeli siri Xiaomi 13 akan mendapat percuma pelan Google One 2TB selama 6 bulan yang bernilai RM257.94. Boleh lihat artikel kami untuk tahu lebih lanjut tentang harga dan spesifikasi siri Xiaomi 13.

Anda boleh layari laman rasmi Google di sini untuk membuat langganan.

[Sumber: Gizmodo]

Tags: Googlegoogle onevpn
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Semua peringkat langganan Google One kini boleh akses Google VPN, tapi bukan pelanggan di Malaysia

10 March 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN