• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM bimbang kandungan kebencian 3R jejas ketenteraman awam, admin media sosial digesa uruskan komen jelik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:59 pm
  • 20/03/2023
  • Komen
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah nampak kenyataan berbaur kebencian yang menyentuh isu perkauman, agama atau Institusi Diraja di media sosial? Kandungan berbaur kebencian ini merujuk kepada ucapan atau gambar yang tuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama atau kewarganegaraan mereka. Jika pernah, anda tahu tak perkara tersebut sebenarnya merupakan satu kesalahan dan pelauknya boleh didakwa?

Berdasarkan perkongsian di Twitter SKMM, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak memuat naik atau kongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian yang membabitkan elemen perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R – Race, Religion, Royalty) di media sosial dan aplikasi pemesejan.



KENYATAAN MEDIA

TINDAKAN TEGAS KE ATAS MEREKA YANG BANGKITKAN PERKARA 3R.#MCMC pic.twitter.com/vvUUitWcoc

— MCMC (@MCMC_RASMI) March 19, 2023

Di samping itu, portal-portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi pemesejan digesa untuk gunakan kuasa editorial mereka untuk uruskan komen-komen daripada netizen di platform mereka. Pihak penyedia platform media sosial diminta untuk lebih bertanggungjawab menurunkan kandungan-kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan

Peringatan ini dibuat susulan ada insiden melibatkan elemen 3R berlaku semenjak kebelakangan ini. Antaranya selepas Sultan keluarkan arahan menerusi majlis agama Negeri untuk larang penceramah politik dan individu tiada tauliah memberi ceramah agama. Contohnya seperti yang berlaku di Selangor, Johor, Terengganu dan Kelantan. Perkara itu dikhuatiri boleh jejaskan ketenteraman awam dan keharmonian dalam negara.



Hukuman pada penyebar 3R

Selain itu, SKMM akan terus buat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R. Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Jika disabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Jika anda terjumpa kandungan berbaur hasutan, provokasi ataupun hina agama, Institusi Diraja dan perkauman, segera laporkan insiden tersebut kepada SKMM melalui portal Aduan SKMM, talian aduan di 1800-188-030 atau WhatsApp di 016 2206 262 dan e-mel di [email protected]. Anda juga boleh salurkan maklumat atau laporkan berita palsu di laman web Sebenarnya.my.

[Sumber: MCMC]

Tags: MCMCSKMM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC

SKMM bimbang kandungan kebencian 3R jejas ketenteraman awam, admin media sosial digesa uruskan komen jelik

20 March 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER