Anda ada bajet RM150 dan tengah fikir nak langgan pelan jalur lebar tetap yang mana? Mari saya senaraikan 5 yang boleh anda pertimbangkan. Dua cadangan pertama saya ini adalah untuk yang nak sambungan Internet sahaja. Tiada apa-apa nilai tambah ataupun add-on.
Time Internet
Nombor 1 adalah Time Internet. Pada RM139 sebulan, anda boleh dapat jalur lebar berkelajuan 500Mbps. Jangan lupa untuk tebus promo sedia ada iaitu rebat RM50 untuk 6 bulan pertama yang jadikan bayaran bulanan anda untuk tempoh tersebut adalah RM99/bulan.
Kemudian, anda juga akan terima baucar Shopee RM100 untuk pendaftaran dalam talian. Selain daripada promo, anda juga akan dapat seunit nod untuk rangkaian mesh, sesuailah untuk yang ada rumah dua tingkat yang hadapi masalah cakupan Wi-Fi terhad.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
CelcomDigi Fibre
Ini adalah produk yang panas, baru keluar daripada ketuhar. Ini adalah produk pertama daripada gabungan Celcom dan Digi. Ini adalah CelcomDigi Fibre.
Pelan jalur lebar kedua yang saya sarankan ini ada kelajuan 300Mbps. Anda boleh langgan pada harga RM150/bulan. Jangan lepaskan promo rebat RM75 untuk 6 bulan pertama yang jadikan komitmen bulanan anda RM75/bulan sahaja.
Dengan promo ini, komitmen bulanan anda sepanjang tempoh kontrak 24 bulan adalah RM131.25 sahaja.
Untuk maklumat tambahan, mereka juga ada tawarkan promo TV pintar pada harga runtuh. Contohnya, TV Samsung 65” daripada harga RM4,399 jadi RM2,280 sahaja. Yang jadikannya kurang menarik adalah anda kena caj kad kredit dan bukannya disekalikan dalam satu bil.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Tiga baki pelan jalur lebar yang akan saya kongsi dengan anda ini mungkin kelajuannya tidaklah pantas. Yang saya nak tekankan adalah ia hadir dengan pakej penstriman. Anda dapat Internet dan juga boleh tonton TV. Ada yang boleh tonton saluran biasa, ada juga yang boleh tonton perlawanan sukan.
Tak macam dua pelan yang saya share sebelum ni, anda dapat Internet saja, tapi anda kena cari sendiri tempat nak tonton kandungan yang anda nak.
Unifi
Unifi 100Mbps boleh anda langgan pada harga RM129 sebulan. Anda dapat akses kepada APP Unifi TV untuk anda tonton saluran-saluran asas macam TV1, TV2, TV3, dan sebagainya.
Anda akan cakap, eleh saluran Free to Air dekat RTM Klik dan Tonton pun ada. Baiklah, kalau anda boleh turunkan kelajuan dan langgan Unifi 30Mbps, anda boleh tambah pelan Aneka pada komitmen bulanan RM119 sebulan.
Bukan saja anda dapat pek Aneka Unifi TV, anda juga dapat akses percuma platform penstriman macam Viu, Siar, dan Lionsgate Play.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Astro Fibre
Di Astro Fibre, pilihan paling efisien adalah Astro Fibre 50Mbps dengan Primary Pack pada harga RM139.99.
Tawaran ini sedikit lebih baik daripada Unifi kerana ia didatangkan dengan Ultibox yang boleh anda tonton di TV. Akses kepada APP Astro Go dan anda terima 200 jam storan awan untuk rakam rancangan kegemaran anda.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Maxis Home Fibre
Maxis Home Fibre adalah yang terbaik untuk peminat sukan kerana ini adalah cara paling murah dalam senarai ini untuk anda tonton perlawanan bola, perlumbaan motor dan kereta secara sah.
Maxis Home Fibre 30Mbps boleh anda langgan pada harga RM144 dan anda terima akses kepada Sooka VIP TV.
Berdasarkan laman rasmi Sooka, untuk pelan VIP TV, anda boleh tonton semua perlawanan Liga Malaysia, perlawanan EPL, Badminton BWF, AFC, UFC, F1, Moto GP, dan banyak lagi.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.