• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Nothing Ear (2) kekal harga & rupa, naik taraf audio Hi-Res, sambungan dwi-peranti, ANC adaptif dan banyak lagi

  • OLEH Najib
  • 1:08 am
  • 23/03/2023
  • Komen
Nothing Ear (2) kekal harga & rupa, naik taraf audio Hi-Res, sambungan dwi-peranti, ANC adaptif dan banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

CEO Nothing, Carl Pei telah melancarkan fon putik telinga ketiga mereka, Nothing Ear (2). Beliau tampil di dalam video pendek dan pada akhirnya, meminta penonton untuk terus ke stor Nothing mendapatkannya. Ini kerana Nothing Ear (2) akan dijual seawal 23 Mac 2023 di beberapa negara terpilih.

Perkara lebih penting adalah jualannya di Malaysia. Sama seperti Ear (1), jualan pertama Nothing Ear (2) akan bermula di laman web Crossover pada 23 Mac 2023. Harganya di Malaysia dikekalkan serupa seperti model sebelumnya, iaitu RM599.



Selepas itu, peminat boleh membuat tempahan awal dan mencuba sendiri Nothing Ear (2) di lokasi berikut:

  • YES Experience Store, Lot 10
  • DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya
  • TMT, Mid Valley Megamall
  • Vivid Concepts, Sunway Pyramid Shopping Mall
  • TacMobile, Aeon Mall Bukit Tinggi

Jualan pertama Nothing Ear (2) di Malaysia akan bermula secara rasmi pada 8 April 2023. Ia boleh didapati di:



  • Stor Rasmi Nothing di Shopee
  • Stor Rasmi Nothing di Lazada
  • DirectD
  • TMT
  • Vivid Concepts
  • Tacmobile
  • Cawangan YES terpilih

Spesifikasi Nothing Ear (2)

Rupa Nothing Ear (2) kelihatan sangat mirip dengan Ear (1). Sekali imbas, sukar untuk membezakan fon putik mahupun bekas penyimpannya. Paling ketara, hanyalah perkataaan kecil Ear (2) pada fon putik. Secara fizikal, bekas penyimpannya lebih kecil daripada Ear (1). Malah, beratnya juga lebih ringan.

Ear (2) mengekalkan pemacu 11.6mm bersama 3 mikrofon yang turut bertugas sebagai penyaring hingar. Ia memiliki penyaring hingar aktif (ANC) sehingga 40db tetapi kini datang dengan keupayaan ANC adapatif dan kawalan ANC 3-tahap.

Peningkatan kualiti bunyi terbesar adalah sokongan audio Hi-Res 24-bit dengan LHDC 5.0. Ia turut diberikan tetapan Equaliser boleh ubahsuai sepenuhnya dan teknologi pengesan putik peribadi, khusus memberikan kualiti terbaik mengikut rekaan telinga pengguna.

Selain itu, Ear (2) tidak lagi menggunakan kawalan sentuhan, sebaliknya bertukar kepada kawalan picit seperti di Ear Stick. Terdapat juga penambahan mod rendah pendaman (Low-Lag) jika dipadankan bersama telefon Nothing Phone (1).

Hayat bateri turut dipertingkat. Di putik ia boleh memainkan lagu sehingga 6 jam (ANC padam) atau 4 jam (ANC hidup). Bersama bekas penyimpan, ia memberikan tenaga sehingga 36 jam (ANC padam) dan 22.5 jam (ANC hidup). Cara mengecas boleh dibuat menerusi sambungan USB-C atau wayarles serasi Qi.

Nothing Ear (1) dan Ear (2)

Tahap kekalisan air dan debu turut dinaik taraf, dengan IP54 di putik dan IP55 pada bekas penyimpan.

Satu lagi ciri baru utama di Ear (2) adalah sokongan dwi-sambungan setelah dilengkapi Bluetooth V5.3. Dengan ini, pengguna boleh bersambung dan mendengar serentak di dua peranti, seperti mendengar lagu di komputer dan menjawab panggilan di telefon, tanpa memutuskan sambungan salah satu daripadanya.

Nothing Ear (2) serasi digunakan bersama peranti yang menjalankan sistem operasi Android 5.1 dan ke atas, serta iOS 11 dan ke atas. Kawalan dan tetapan lebih banyak boleh didapati dengan memasang aplikasi Nothing X. Ia boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Buat masa ini, hanya satu warna disediakan iaitu putih. Mungkin kita akan dapat melihat warna hitam diperkenal kemudian. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nothing Ear (2).

Bacaan Berkaitan

  • Rekaan Nothing Ear (2) tersebar luas. Tiada beza di luar, tapi di dalam ada.
  • Nothing Phone 2 kantoi guna cip Snapdragon lama?
  • Nothing Ear (2) akan diumum 22 Mac 2023, katanya bawakan bunyi lebih baik
  • Kejayaan Nothing Phone 1 mungkin akan diteruskan dengan kedatangan Nothing Phone 2
Tags: Nothingnothing ear (2)nothing ear 2
Najib

Najib

POPULAR

Nothing Ear (2) kekal harga & rupa, naik taraf audio Hi-Res, sambungan dwi-peranti, ANC adaptif dan banyak lagi

Nothing Ear (2) kekal harga & rupa, naik taraf audio Hi-Res, sambungan dwi-peranti, ANC adaptif dan banyak lagi

23 March 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN