• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerjasama Xiaomi, Vivo, Oppo memudahkan pemindahan data ke telefon baru

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:59 pm
  • 24/03/2023
  • Komen
Kerjasama Xiaomi, Vivo, Oppo memudahkan pemindahan data ke telefon baru
Share on FacebookShare on Twitter

Nak membuat peralihan data dari peranti lama ke peranti baru agak susah di peranti Android, lagi-lagi kalau beralih ke jenama berlainan. Tapi tidak lama lagi, ia mungkin bukan satu masalah untuk beralih antara tiga jenama peranti iaitu Xiaomi, Vivo dan Oppo. Xiaomi mendedahkan ia sedang bekerjasama bersama Vivo dan Oppo untuk memudahkan migrasi data antara tiga sistem operasi MIUI, OriginOS dan ColorOS.

Pengumuman itu dibuat oleh Xiaomi MIUI dalam satu hantaran di Weibo, dengan menyatakan telefon yang dikeluarkan oleh Oppo dan Vivo telah ditambah sokongan terbaru untuk migrasi data dari aplikasi pihak ketiga. Jadi, peralihan data dari aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp boleh dilakukan dengan lancar, tanpa perlu bersusah payah backup data chat di Google Drive, kemudian alih secara manual.



Menerusi hantaran yang sama, Xiaomi ada menerangkan proses untuk migrasi dari peranti Oppo atau Vivo ke peranti Xiaomi. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ciri ‘Mi Replacement’ di mana pengguna perlu mengimbas kod dan memuat turun Mi Replacement di peranti yang digunakan. Seterusnya, migrasi terus boleh dilakukan.

Walau bagaimanapun, ciri ini dikatakan hanya terhad di China buat masa sekarang. Tapi, untuk migrasi antara peranti Oppo, sumber mengatakan ia boleh dilakukan melalui aplikasi ‘Huantai Mobile Moving – Replacement Assistant’, manakala untuk Vivo, ia boleh dilakukan menggunakan ‘mutual transfer’ versi terbaru.



[Sumber: Android Central]

Tags: oppovivoxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kerjasama Xiaomi, Vivo, Oppo memudahkan pemindahan data ke telefon baru

Kerjasama Xiaomi, Vivo, Oppo memudahkan pemindahan data ke telefon baru

24 March 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN