• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi Ultra 2Gbps akan datang, daftar minat sekarang

  • OLEH Najib
  • 6:28 pm
  • 25/03/2023
  • Komen
Unifi Ultra 2Gbps akan datang, daftar minat sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedia jalur lebar tetap terbesar di Malaysia, Unifi telah memuat naik status tentang produk baru mereka. Dipanggil sebagai Unifi Ultra, ia akan menyediakan internet jalur lebar tetap berkelajuan 2Gbps.

THE ULTRA EXPERIENCE, coming to you soon. https://t.co/zilALhLgV0 pic.twitter.com/AX5Eg83YKe

— Yunni (@unifi) March 24, 2023

Unifi menyatakan, pengalaman ultra 2Gbps akan datang tidak lama lagi. Sehubungan itu, mereka yang berminat dengan pelan baru ini dijemput untuk mengisi borang pendaftaran minat di sini.



Buat masa ini, pelan jalur lebar tetap terpantas oleh Unifi hanyalah 800Mbps. Pelan ini berharga RM299/bulan, menyediakan kelajuan muat turun 800Mbps dan muat naik 200Mbps. Apabila dilancarkan nanti, pastinya pelan 2Gbps Unifi ini berharga lebih dari RM300/bulan.

Senarai pelan Unifi Home Fibre

Kelajuan jalur lebar tetap 2Gbps di rumah, bukanlah perkara baru di Malaysia. Ini kerana Time Home Fibre, telah menawarkan pelan 2Gbps sejak Oktober tahun lepas. Pelan Time ini berharga RM379/bulan, memberi kelajuan muat turun 2Gbps dan muat naik 500Mbps. Pelanggan turut menerima 2 unit mesh WiFi 6.



Tetapi pelan Time 2Gbps ini hanya ada di tempat sangat terhad, bukan di semua kawasan liputan Time. Menariknya, Time menawarkan kelajuan 2Gbps sebenar, berbanding pelan 2Gbps di Singapura yang menggabungkan 2 talian 1Gbps untuk memberi pengalaman 2Gbps.

Senarai pelan Time Home Fibre

Terima kasih @hiw200 atas tips yang diberikan.

[Sumber: Unifi]

Tags: 2gbpsUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Unifi Ultra 2Gbps akan datang, daftar minat sekarang

Unifi Ultra 2Gbps akan datang, daftar minat sekarang

25 March 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN