• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh uji sendiri kamera Ultra-Lighting Huawei P60 Pro di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 28/03/2023
  • Komen
Anda boleh uji sendiri kamera Ultra-Lighting Huawei P60 Pro di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei P60 Pro baru sahaja dilancar di China minggu lepas. Ia menampilkan kamera utama dengan berbilang bukaan apertur, pertama seumpamanya di telefon pintar. Jika anda merasa sangat teruja atau ingin tahu bagaimana ia berfungsi, anda berpeluang untuk mengujinya sendiri tidak lama lagi.

Huawei Malaysia kini membuka pendaftaran minat untuk orang ramai menguji telefon pintar terbaru mereka sebelum ia dilancarkan. Ia akan disediakan di beberapa lokasi Stor Huawei Experience terpilih di seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.



Mereka yang berminat, boleh ke laman pendaftaran minat Huawei di sini, kemudian isi maklumat peribadi dan pilih lokasi, tarikh dan masa yang disediakan. Emel mengesahkan pendaftaran akan dihantar. Pada hari yang ditetapkan, tunjukkan emel tersebut di lokasi yang didaftar kepada kakitangan bertugas untuk mula menguji kehebatan telefon baru Huawei. Cenderahati eksklusif turut disediakan kepada pengunjung yang berdaftar.

Huawei P60 Pro adalah telefon pintar terhebat Huawei buat masa ini. Ia dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, tanpa sokongan 5G akibat sekatan Amerika Syarikat yang masih diteruskan. RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB disediakan.



Skrin yang digunakan jenis OLED 120Hz berukuran 6.67-inci, dengan resolusi HD Penuh. Ia dilindungi kaca Kunlun yang dikatakan sangat tahan lasak. Di dahi skrin, terdapat lubang kecil yang memuatkan kamera hadapan 13MP F2.4.

Kameranya atas nombor nampak biasa. Terdapat tiga kamera belakang dengan kamera utama 48MP F1.4~F4.0 OIS, kamera ultra lebar 13MP F2.2 dan kamera telefoto 48MP F2.1 OIS. Perkara yang unik adalah pada kamera utama, dengan bukaan apertur boleh berubah antara F1.4 hingga F4.0 dalam 10 senggatan.

Bateri di dalam Huawei P60 Pro berkapasiti 4,815mAh. Ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 88W, serta pengecasan wayarles 50W. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Huawei P60 dilancarkan di China, perhatikan spesifkasi kameranya
  • Siri Huawei P60 dan Mate X3 akan dilancarkan 27 Mac 2023
  • Huawei tease sampel gambar kamera telefoto P60?
Tags: Huaweihuawei p60huawei p60 promobile
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Anda boleh uji sendiri kamera Ultra-Lighting Huawei P60 Pro di Malaysia tidak lama lagi

Anda boleh uji sendiri kamera Ultra-Lighting Huawei P60 Pro di Malaysia tidak lama lagi

28 March 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER