• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LazMall janji produk tulen dan asli serta penghantaran pantas esok hari

  • OLEH Najib
  • 7:36 pm
  • 05/09/2018
  • Komen
LazMall janji produk tulen dan asli serta penghantaran pantas esok hari
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ada yang tidak mahu membeli dalam talian kerana takut membeli produk tidak asli atau ditipu. Untuk mengatasi masalah ini, Lazada Malaysia memperkenalkan LazMall, platform terbaru mereka yang memberi ketenangan minda untuk membeli-belah dalam talian kepada semua.

LazMall menjanjikan tiga perkara penting agar pembeli tidak perlu gusar dengan sebarang pembelian yang mereka buat. Hanya penjual terpilih yang telah melepasi saringan yang ketat, serta jenama-jenama yang telah diperakui asli sahaja akan disenaraikan di LazMall.



Antara stor yang terdapat di LazMall adalah seperti Apple, Xiaomi, Philips, Samsung dan banyak lagi.

Janji pertama adalah semua produk di LazMall adalah asli dan benar. Semua stor di LazMall perlu mematuhi proses yang ketat bagi memastikan semua produk mereka bukannya palsu atau tiruan. Jika pembeli menerima produk yang tidak asli, Lazada akan memulangkan semula wang sebanyak 2 kali ganda.



Janji kedua adalah penghantaran hari esok. Produk yang dibeli dari LazMall akan dihantar dalam masa 24 jam dari masa pembelian, dan ada yang boleh menerima keesokan harinya. Tetapi untuk menerimanya esok hari, terdapat beberapa syarat:

  • Produk itu haruslah ditandakan ‘Fulfilled By Lazada‘
  • Pembelian dibuat sebelum jam 5 petang dan pada hari bekerja keesokannya (ahad hingga khamis, tak termasuk hari cuti umum)
  • Penghantaran dibuat di dalam Lembah Klang sahaja

Janji ketiga adalah polisi pemulangan semula barangan mudah dalam masa 15 hari. Jika anda tidak berpuas hati dengan produk yang diterima, seperti salah saiz, salah warna, salah jenis, anda boleh memulangkan semula produk tersebut dalam masa 15 hari dari tarikh pembelian tanpa kos. Lazada memiliki lebih 2,000 tempat penghantaran semula barangan, termasuk Pejabat Pos.

Bersama pelancaran LazMall hari ini, Lazada turut mengumumkan kempen 9.9 dengan kemuncaknya pada 9 September. Banyak diskaun dan tawaran istimewa disediakan dalam kempen ini. Bermula dari 1 September, pelbagai aktiviti menarik diadakan di aplikasi Lazada seperti Crazy Deals dan Shake It yang menyediakan pelbagai hadiah.

Untuk mula membeli-belah dalam talian tanpa risau, layari LazMall di sini.

Tags: LazadaLazada MalaysiaLazMallLazMall Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

LazMall janji produk tulen dan asli serta penghantaran pantas esok hari

LazMall janji produk tulen dan asli serta penghantaran pantas esok hari

5 September 2018
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN