• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S23 FE dijangka hadir tanpa cip khas untuk Galaxy

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang kedatangan semula edisi peminat, Samsung Galaxy S23 FE semakin kencang diperkatakan. Telefon kelas flagship ini menjadi kegemaran ramai kerana ia menawarkan prestasi tinggi pada harga jauh lebih rendah daripada siri Galaxy S yang lain.

Ketiadaan model Galaxy S22 FE tahun lepas membuatkan ramai beranggapan Samsung mahu menghentikan pengeluaran model FE. Tetapi Samsung dikatakan mahu kembali melancarkan Galaxy S23 FE pada suku akhir tahun 2023.



Menurut Sammobile, Galaxy S23 FE dijangka akan dilancarkan pada harga yang serupa atau lebih murah berbanding Galaxy S21 FE. Malah, ia juga akan hadir dengan storan serendah 128GB. Untuk rujukan, Galaxy S21 FE dilancar pada harga bermula dari RM2,899. Sudah pasti, ini adalah pilihan yang sangat berbaloi dan menarik kerana siri Galaxy S23 dijual bermula dari RM3,899.

Tetapi kegembiraan peminat mungkin akan terbantut. Laporan yang sama menyebut, Samsung akan menggunakan cip keluaran mereka, Exynos 2200 pada Galaxy S23 FE, bukannya cip Snapdragon 8 Gen 1 atau 8 Gen 2. Cip Exynos 2200 digunakan pada siri Galaxy S22 untuk pasaran Eropah, sewaktu pasaran negara lain dibekalkan cip Snapdragon 8 Gen 1. Pastinya ini sangat mengecewakan peminat di Malaysia yang sangat sukakan cip Qualcomm berbanding Exynos dek prestasi dan hayat bateri yang agak berbeza.



Walaupun begitu, ada peningkatan yang boleh menggembirakan peminat. Samsung dijangka menaik taraf kamera utama daripada 12MP kepada 50MP. Baterinya masih 4,500mAh dan pengecas juga dijangka masih 25W USB-C. Lain-lain ciri flagship turut dikekalkan seperti kekalisan air dan debu IP68, speaker stereo, pengecasan wayarles dan sokongan Samsung Pay.

Lebih baik lagi jika Samsung dapat mengekalkan komitmen mereka untuk menyediakan kemaskini keselamatan selama 5 tahun dan kemaskini sistem operasi sebanyak 4 kali, walaupun Galaxy S23 FE menggunakan cip yang berusia 2 tahun.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung mahu kembalikan model flagship mampu milik ‘Fan Edition’ tahun ini
  • 10 juta unit Galaxy S20 FE terjual tahun lepas, mampukah Galaxy S21 FE ulangi?
  • Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting
  • Galaxy S21 FE: Promosi tempahan awal serta diskaun aksesori dan peranti
Tags: Galaxy S23 FEmobilesamsungSamsung Galaxy S23 FE
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting

Galaxy S23 FE dijangka hadir tanpa cip khas untuk Galaxy

4 April 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN