• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

10 juta unit Galaxy S20 FE terjual tahun lepas, mampukah Galaxy S21 FE ulangi?

  • OLEH Najib
  • 5:07 pm
  • 05/01/2022
  • Komen
10 juta unit Galaxy S20 FE terjual tahun lepas, mampukah Galaxy S21 FE ulangi?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE membuahkan keuntungan memberangsangkan buat Samsung dan menjadi peranti antara paling popular tahun lepas. Ini kerana ia dilengkapi ciri-ciri premium peranti flagship dengan harga lebih murah, selain menggunakan cip Snapdragon 865 untuk pasaran Malaysia.

Dalam kenyataan yang dihantar kepada 9to5Google, Samsung mendedahkan bahawa mereka telah menjual sebanyak 10 juta unit Galaxy S20 FE sepanjang tahun lepas, selepas ia dilancarkan pada suku keempat 2020. Penjualan peranti ini telah membantu meningkatkan jumlah jualan produk Samsung, sementara siri Galaxy S21 mencatatkan prestasi terburuk mereka sepanjang 10 thaun lepas.



Sumber: Naver

Menurut Counterpoint Research, Samsung menjual sebanyak 13.5 juta unit siri Galaxy S21 dalam 6 bulan pertama selepas dilancarkan. Sebagai perbandingan, siri Galaxy S20 telah dijual 20% lebih banyak dalam tempoh yang sama, manakala siri Galaxy S10 mencatat jualan lebih banyak iaitu 47% lebih tinggi.

Melihatkan populariti Galaxy S20 FE, tidak hairanlah Samsung meneruskannya dengan melancarkan pula Galaxy S21 FE. Sebenarynya, pelancaran Galaxy S21 FE telah lewat kerana ia dijangka dilancar setahun selepas Galaxy S20 FE iaitu sekitar bulan Ogos ke Oktober tahun lepas. Bagaimanpun, krisis semikonduktor global mengakibatkan kekurangan cip di pasaran dan Samsung mengutamakan peranti boleh lipat terbaru mereka, Galaxy Z Flip 3 dan Z Fold 3 dihasilkan dahulu.



Kini Galaxy S21 FE telah dilancarkan dan ia dijual bermula dari RM2,899 di Malaysia. Ia mungkin agak lambat memandangkan siri Galaxy S22 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tambahan lagi, Samsung tidak menggunakan cip Snapdragon 888 untuk pasaran Malaysia, sebaliknya kekal dengan cip Exynos 2100 untuk Galaxy S21 FE di sini.

Pemilik Galaxy S20 FE mungkin tidak berminat untuk menaik taraf peranti mereka kepada Galaxy S21 FE. Tetapi pelancarannya di Malaysia tidak lama lagi, mungkin hadir dengan tawaran menarik seperti hadiah percuma dan rebat.

[Sumber: 9to5Google]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung lancar Galaxy S20 FE dilengkapi Snapdragon 865 di Malaysia
  • Tiada lagi pengecas dan fon telinga di Galaxy S21, ini harga dijual berasingan
  • Samsung Galaxy S21 & S21+: Semua perkara yang anda perlu tahu
  • Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos
Tags: samsungSamsung Galaxy S20 FESamsung Galaxy S21 FE
Najib

Najib

POPULAR

10 juta unit Galaxy S20 FE terjual tahun lepas, mampukah Galaxy S21 FE ulangi?

10 juta unit Galaxy S20 FE terjual tahun lepas, mampukah Galaxy S21 FE ulangi?

5 January 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN