• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi pengecas dan fon telinga di Galaxy S21, ini harga dijual berasingan

  • OLEH Najib
  • 1:48 pm
  • 18/01/2021
  • Komen
Tiada lagi pengecas dan fon telinga di Galaxy S21, ini harga dijual berasingan
Share on FacebookShare on Twitter

PROMOSI: Dapatkan fon telinga ANC Samsung Type-C bernilai RM299 secara percuma, bersama Galaxy Fit 2, Galaxy Smart Tag dan Wireless Charger Trio, apabila membuat pembelian mana-mana siri Galaxy S21 menggunakan kod promosi: SCS21VIP di Stor Online Samsung. Tawaran sah sehingga 28 Februari 2021.

Samsung telah melancarkan siri Galaxy S21 minggu lepas, dan membuka tempahan awal di Malaysia sehingga 28 Januari 2021. Salah satu perkara baru di siri ini adalah ketiadaan kepala pengecas dan fon telinga di dalam kotak. Perkara yang sama dibuat Apple pada iPhone 12.

Pengecas 25W USB-C (RM79)

Jika pengguna mahukan pengecas dan fon telinga asli Samsung, ia boleh dibeli berasingan. Samsung menjual kepala pengecas 25W USB-C pada harga RM79 sahaja. Tiada kabel di dalamya, tetapi pembeli boleh memilih antara warna hitam dan putih.



Fon telinga Type-C (RM99)

Untuk fon telinga pula, jenis sambungan USB-C dijual pada harga RM99. Ia juga boleh dipilih antara warna putih dan hitam. Fon telinga ini mempunyai butang kawalan bunyi pada wayarnya dan ditala oleh pakar audio AKG.

Fon telinga ANC Type-C (RM299)

Kalau mahu yang ada penyaring hingar aktif (ANC) berwayar, Samsung juga ada menjualnya pada harga RM299. Tetapi jika anda membuat tempahan awal Galaxy S21 di Stor Online Samsung, anda boleh mendapatkan fon telinga ANC ini secara percuma. Dengan memasukkan kod promo SCS21VIP semasa checkout.



Langkah jenama besar seperti Apple dan Samsung untuk tidak lagi memberi kepala pengecas dan fon telinga di dalam kotak, pasti akan menjadi ikutan jenama lain. Xiaomi telah melancarkan Mi 11 di China, juga tanpa kepala pengecas dan ia pasti akan dilakukan apabila dilancar di Malaysia nanti. Tidak mengapa kalau harga peranti lebih murah tanpa kepala pengecas di dalam kotak, tetapi adalah tidak patut jika harganya lebih tinggi.

Bacaan Berkaitan

Samsung Galaxy S21 & S21+: Semua perkara yang anda perlu tahu
Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos
PROMO: Percuma fon telinga ANC Samsung Type-C bernilai RM299, jika tempah Galaxy S21/S21+/S21 Ultra dengan kod promosi
Tags: samsungSamsung Galaxy S21
Najib

Najib

POPULAR

Tiada lagi pengecas dan fon telinga di Galaxy S21, ini harga dijual berasingan

Tiada lagi pengecas dan fon telinga di Galaxy S21, ini harga dijual berasingan

18 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER