• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri Crash Detection diaktifkan tanpa sengaja? Jangan matikan panggilan dahulu

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:56 pm
  • 07/04/2023
  • Komen
Ciri pengesan kemalangan iPhone 14 telah susahkan pasukan penyelamat
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Apple melancarkan siri iPhone 14 pada tahun lepas, Apple ada memperkenalkan ciri Crash Detection yang membolehkan perkhidmatan kecemasan dihubungi dengan cepat jika mengesan perubahan drastik pada momentum, seperti terlibat dalam kemalangan. Tapi, terdapat banyak kelemahan sejak ia diperkenalkan dengan memberi amaran palsu pada keadaan bukan kecemasan seperti menaiki rollercoaster, bermain ski atau apa-apa aktiviti bergerak laju.

Oleh itu, Apple telah menambahbaik ciri Crash Detection pada kemas kini IOS 16 baru-baru ini untuk mengurangkan amaran palsu berlaku. Mungkin disebabkan tiada perubahan yang baik, Apple kini memberi penyelesaian baru untuk pengguna yang tidak sengaja mengaktifkan ciri Crash Detection.



Di dalam laman sokongan Crash Detection, Apple mengarahkan pengguna untuk tidak terus mematikan panggilan jika panggilan kecemasan tidak sengaja dibuat, sebaliknya tunggu untuk panggilan disambungkan kemudian terangkan kepada petugas kecemasan yang anda tidak memerlukan pertolongan.

Apple juga nampaknya telah membuang garis panduan di dalam laman sokongan yang sama yang mencadangkan pengguna untuk batalkan panggilan kecemasan jika ciri tersebut diaktifkan. Walaupun masih tertera di laman sokongan untuk pengguna mengabaikan amaran jika mereka boleh, Apple mahu menghentikan pengguna dari membatalkan atau menutup panggilan kecemasan yang telah dimulakan untuk mengelakkan petugas kecemasan tertanya-tanya apa yang berlaku.



Tidak dinafikan bahawa ciri Crash Detection ini telah banyak menyelamat nyawa orang ramai, tapi ia dilihat telah banyak menyusahkan pihak penyelamat untuk menentukan keadaan kecemasan yang sebenar.

Ciri Crash Detection ini boleh didapati pada kesemua model iPhone 14, Apple Watch Siri 8, Apple Watch SE generasi kedua, dan Apple Watch Ultra.

[Sumber: MacRumors]

Tags: appleCrash DetectioniOSiphone 14
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ciri pengesan kemalangan iPhone 14 telah susahkan pasukan penyelamat

Ciri Crash Detection diaktifkan tanpa sengaja? Jangan matikan panggilan dahulu

7 April 2023
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN