Tahukah anda, kempen berkongsi kenderaan di bandaraya Kuala Lumpur bukannya perkara yang baru?
Dalam satu laporan dari Utusan Malaysia pada tahun 2009, idea berkongsi kereta ini telah muncul buat pertama kali pada awal tahun 1970-an, oleh sekumpulan pakar pengangkutan awam dari Bank Dunia.
Kemudian pada tahun 1980-an, Menteri Wilayah Persekutuan pada waktu itu, Datuk Shahrir Abd. Samad telah melancarkan kempen yang sama. Ia diteruskan lagi oleh Datuk Seri Ling Leong Sik semasa beliau menjadi Menteri Pengangkutan.
Idea berkongsi kereta ini akan terus diperkatakan selagi mana kesesakan jalan berlaku. Kini, penyedia servis perkongsian kenderaan, Uber pula memberikan cadangannya.
Pelancaran Buku Laporan ‘Unlocking Cities’
Kempen Uber #UnlockingCities
Menurut kajian yang dijalankan oleh Boston Consulting Group (BCG) dan didana oleh Uber, berkongsi kenderaan boleh mengurangkan kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur sehingga 91%. Kajian ini merupakan sebahagian dari kempen Uber #UnlockingCities, untuk menerangkan tentang kelebihan berkongsi kenderaan di bandar-bandar utama di sekitar Asia.
Antara fakta menarik yang dibentangkan kajian ini adalah, terdapat lebih 5.8 juta kenderaan di Kuala Lumpur dan ia memerlukan 9 bangunan KLCC untuk menempatkan semua kenderaan ini. Walaupun kerajaan sedang dalam proses menambah laluan LRT dan MRT, dijangkakan ia akan mencapai tahap puncak pada tahun 2020 dan tidak lagi dapat menampung keperluan penduduk Kuala Lumpur.
Berkenaan kesesakan pula, secara purata pemandu di Kuala Lumpur menghabiskan masa selama 20 hari setahun untuk mencari tempat meletak kereta. Malah, mereka membelanjakan sekitar RM16,000 setahun untuk duduk di dalam kesesakan serta membayar tiket meletak kenderaan. Jumlah ini lebih tinggi dari purata bandar Asian yang lain.
Jadi, bagaimanakah berkongsi kenderaan boleh direalisasikan? Cara yang termudah, adalah menggunakan perkhidmatan Uber. Tiada lagi rasa janggal berkongsi kenderaan dengan orang yang tidak dikenali, kerana Uber menyediakan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai.
Cuma, perkhidmatan Uber dikenakan bayaran, berbeza dengan kempen berkongsi kenderaan dahulu kala. Tetapi, caj yang dikenakan masih dalam lingkungan mampu milik. Apatah lagi, perkongsian kenderaan melalui Uber telah menjadi salah satu dari mata pencarian sampingan untuk penduduk bandar masakini.
Dapatkan berkongsi kenderaan kini direalisasikan?
Adakah perkongsian kenderaan boleh dilaksanakan dengan lebih efisyen di masa depan? Uber yakin ia boleh dilakukan, kerana semakin ramai mahu menggunakannya. Dari kajian ini, 51% penduduk Kuala Lumpur percaya perkongsian kenderaan boleh menggantikan pemilikan kenderaan.
Bagaimanapun, 83% menyatakan akan membeli kenderaan dalam masa 5 tahun akan datang. Tetapi 28% bersedia untuk tidak membelinya jika servis perkongsian kenderaan menepati tahap yang wajar. 54% pula agak-agak bersedia untuk menerima perkongsian kenderaan tanpa memiliki kenderaan.
Malah, seramai 25% responden bersedia untuk menambah pendapatan mereka dengan menjadi pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan.
Bersetujukah anda dengan cadangan Uber?
Di mana pula anda berada untuk menjayakan kempen berkongsi kenderaan ini? Adakah anda bersedia menjadi penumpang perkongsian kenderaan, tidak memiliki kenderaan, atau menjadi pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan?
Uber telah menghasilkan sebuah video pendek 90 saat bertajuk ‘Boxes’, untuk membawakan pengertian kesesakan jalanraya dalam bentuk komedi dan boleh ditonton di bawah. Lebih banyak maklumat kempen Uber Unlocking Cities ini boleh didapati di laman web https://www.unlockingcities.com/en-my. Laporan oleh BCG pula boleh dimuat turun di sini.
https://youtu.be/fg9LCwf6tlg