• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Ikhlas lancar Zakat di Langit, beri kemudahan penumpang AirAsia bayar zakat di dalam kapal terbang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:41 pm
  • 13/04/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Anda tahu tak pembayaran zakat sekarang boleh dibuat di dalam kapal terbang? Platform gaya hidup patuh syariah di bawah Capital A iaitu Ikhlas melancarkan Zakat di Langit untuk memudahkan umat Islam membayar zakat di dalam penerbangan.

Ikhlas merupakan ejen yang diiktiraf dan diberi lesen oleh pelbagai institusi zakat negeri untuk mengutip semua kategori bayaran zakat seperti zakat pendapatan, harta, perniagaan, wang simpanan, saham, KWSP/LTAT, emas dan perak.



Oleh itu, jika anda ingin bayar zakat di dalam kapal terbang, anda boleh lakukannya secara tunai dan berikan wang tersebut kepada anak-anak kapal yang mewakili Ikhlas. Namun setakat ini, ada 4 sahaja saluran zakat fitrah yang tersedia secara tunai iaitu:

  1. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
  2. Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK)
  3. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
  4. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Anda cuma perlu isi borang semasa pembayaran zakat dan ia akan dikumpul bersama bayaran sebelum anda tiba ke destinasi masing-masing. Penumpang AirAsia boleh merujuk kepada laman Zakat di Langit pada katalog terbaru AirAsia atau risalah Ikhlas Zakat untuk menunaikan kewajipan zakat dengan mudah dan selesa dalam semua penerbangan ke destinasi domestik seluruh Malaysia.



Selain bayar zakat secara tunai, anda boleh juga bayarnya secara dalam talian menerusi semua platform Ikhlas seperti di aplikasinya di App Store dan Play Store atau laman web. Khusus untuk para pembayar zakat, Ikhlas menawarkan mata ganjaran AirAsia bagi setiap transaksi, juga peluang memenangi pakej IKHLAS Umrah.

Tags: AirAsiaIkhlaszakat
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Ikhlas lancar Zakat di Langit, beri kemudahan penumpang AirAsia bayar zakat di dalam kapal terbang

13 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER