GreatScott! adalah satu channel di YouTube yang mengandungi video-video berkaitan elektronik. Baru-baru ini, dia menerima dua jenis bateri untuk diuji dan ia bukanlah bateri biasa-biasa tetapi mungkin adalah bateri paling selamat yang boleh digunakan pada telefon anda setakat ini.
Pengeluar beteri jenis baru ini meletakkan produk ini dalam kategori solid state battery kerana tidak menggunakan cecair sebagai elektrolit sebaliknya pepejal seramik diguna.
Dua jenis bateri yang diuji iaitu:
- FLCB (flexible lithium ceramic battery)
- PLCB (power lithium ceramic battery)
FLCB (kiri) dan PLCB (kanan)
Kedua-dua adalah sama kecuali pada dimensi dan kapasiti tenaga yang dikandunginya. Penggunaan pepejal seramik menyumbang pada ciri unik yang dimilikinya.
FLCB boleh dilentur dan amat sesuai digunakan sebagagai sumber kuasa peranti boleh pakai manakala PLCB memiliki kapasiti bateri yang lebih besar.
FLCB boleh dilentur
Tambah menarik, ia tetap berfungsi sungguhpun sebahagian badannya digunting keluar tanpa masalah. Kalau ia dilakukan pada bateri konvesional seperti Li-Po, dan Li-Ion, letupan pastinya berlaku kerana elekrolit bateri jenis ini disimpan dibawah tekanan tinggi.
Sebahagian bateri dipotong keluar tapi masih berfungsi
Bateri ditikam dengan paku
Bateri konvesional apabila ditebuk dengan paku akan menggelembung dan meletup
Carian ringkas di Internet menunjukkan ia bukanlah teknologi baru, terdapat video berkaitannya dimuat naik dalam tahun 2012 dan 2014. Tapi entah mengapa pengkomersialan teknologi ini amatlah lambat.
Terdapat beberapa kekurangan yang dikesan oleh GreatScott!. Yang paling ketara adalah kepadatan tenaga yang dibawakan bateri jenis ini berbanding bateri konvesional. Jika LCB, Li-Po dan Li-Ion memiliki dimensi yang serupa, Li-Ion dan Li-Po masing-masing mampu menyimpan 210% dan 155% lebih tenaga berbanding LCB.
Kepadatan tenaga PLCB berbanding Li-Po dan Li-Ion daripada segi Wh/L dan Wh/kg
Mungkin sebab itulah ia tidak digunakan pada telefon-telefon anda buat masa sekarang.