• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift X 16 (2023) tampil gagah dengan Ryzen 9 7940H, RTX4050 dan storan 2TB

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:52 pm
  • 20/04/2023
  • Komen
Acer Swift X 16 (2023) tampil gagah dengan Ryzen 9 7940H, RTX4050 dan storan 2TB
Share on FacebookShare on Twitter

Acer telah mengumumkan kemas kini kepada siri Acer Swift X 16 mereka. Ia kini datang dengan komponen-komponen yang lebih segar untuk mendepani arus 2023 dan yang akan datang.

Bermula di bahagian paparan, Acer Swift X 16 (2023) mengguna pakai panel OLED sebesar 16” beresolusi 3200 x 2000. Panel ini mencakupi gamut warna DCI-P3 sepenuhnya (100%) bermakna ia sangat sesuai buat pencipta kandungan yang memerlukan paparan yang jitu warna. Acer turut memasukkan Temporal Noise Reduction (TNR) yang katanya menggunakan AI untuk menambah baik kandungan yang ingin dipaparkan.



Antara yang ditambah baik adalah pad sesentuhnya kini 33% lebih besar daripada generasi sebelumnya. Ini adalah pad sesentuh terbesar boleh anda temukan pada sebuah laptop Acer. Papan kekunci berlampu latar masih dikekalkan.

Bergerak ke papan utama, Acer Swift X 16 (2023) memiliki spesifikasi tertinggi yang diperkasa AMD Ryzen 9 7940H bersama-sama Nvidia GeForce RTX4050. Namun begitu, terdapat juga beberapa kombinasi lain untuk memenuhi bajet si pembeli. Kapasiti RAM dan storan maksimum yang ditawarkan juga pelbagai. Namun penawaran yang paling tinggi adalah RAM 16GB LPDDR5 dan storan seluas 2TB PCIe Gen 4 SSD.



Bagi memastikan laptop ini kekal sejuk, komponen termalnya turut ditambah baik. Swift X 16 dilengkapi sepasang kipas penyejuk TwinAir. Ia kini menyedut 36% lebih banyak udara hasil penggunaan bilah kipas yang lebih besar. Lubang masuk angin diletakkan disebalik papan kekunci agar rekaan laptop ini kekal minimalistik.

Antara port I/O yang boleh pengguna temui pada badannya adalah seperti 2 USB-C, 2 USB-A, 1 HDMI, 1 pembaca mikro-SD, dan 1 jek audio 3.5mm. Acer Swift X 16 (2023) akan dijual dalam pasaran A.S pada harga bermula USD1,249.99 (RM5,547) dalam bulan Julai 2023 nanti.

Tags: Aceracer swiftacer swift x 16
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Acer Swift X 16 (2023) tampil gagah dengan Ryzen 9 7940H, RTX4050 dan storan 2TB

Acer Swift X 16 (2023) tampil gagah dengan Ryzen 9 7940H, RTX4050 dan storan 2TB

20 April 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN